Thursday, March 24, 2011

Burung Kasawari Yang Garang

Bismillah,

Bagi yang tidak mengenali burung kasawari, ini adalah gambarnya :)





Kasawari burung paling berat di dunia
  • Burung kasawari merupakan burung paling berat dan besar di dunia. Bagaimanapun burung ini tidak boleh terbang dan tidak mempunyai keeled sternum atau tulang dada seperti burung-burung lain.
  • Burung ini sangat kuat dan dikatakan satu tendangan sahaja terhadap pemangsanya seperti singa boleh mendatangkan maut  - jadi berhati-hatilah, jangan buat hal dengan burung ini. Tapi menurut apa yang saya baca, ia tidak akan menyerang jika tidak diganggu :)
  • Burung kasawari betina mempunyai kelebihan mengenali telurnya sendiri walaupun telur-telur itu telah bercampur dengan telur yang dihasilkan oleh burung kasawari lain - subhanallah, inilah kuasa ALLAH Tuhan sekelian alam. Sungguh bijaksana sekali aturannya 
  • Sebiji telur burung kasawari berukuran sama dengan 24 biji telur ayam. Ini bermakna ia mengambil masa selama dua jam untuk merebusnya 
  • Burung kasawari boleh berlari sehingga 70 kilometer sejam, mengalahkan singa, harimau bintang dan hyena.
  • Sikap burung kasawari yang suka memasukkan kepalanya di dalam lubang sebenarnya bertujuan untuk merehatkan lehernya selain menyembunyikan diri - comelnya...padahal dia sorok kepala je tapi dia rasa macam menyorokkan keseluruhan badan
  • Burung ini memakan buah-buahan, bijian dan tumbuh-tumbuhan serta cicak kecil yang terdapat di kawasan gurun atau kering.
  • Burung kasawari mempunyai hubungan rapat dengan manusia sejak beribu tahun lalu.
  • Peladang pada zaman Mesir purba menggunakan burung ini untuk berladang dan telurnya digunakan sebagai hiasan serta mengisi air oleh orang Bushmen.
  • Burung kasawari boleh hidup sehingga 40 tahun - walaupun dia hidup lama, mereka hidup hanya untuk berzikir dan berbakti kepada alam. Tidak seperti kita, suatu hari nanti akan dihisab segala amalan
Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )