Wednesday, November 30, 2011

Menangani Masalah Anak Tidak Mahu Ke Sekolah

Ini adalah apa yang saya petik dari mailing list saya :)

Salam rakan-rakan SIM,

Mohon pandangan dan cadangan rakan-rakan semua untuk menangani masalah anak saya yang takut / tak nak bersekolah. Buntu dibuatnya.. 

Untuk makluman, anak saya sekarang berumur 5 tahun. Pada awal tahun lepas saya telah masukkan dia ke sebuah tadika di Bukit Damansara. Masa hari pertama dia bersekolah memang dia excited sangat, tak menangis pun.. siap suruh saya balik, tak payah nak tungu-tungu. Hari kedua ok tp muka dah masam. Hari ketiga terus tak nak sekolah.. rupa-rupanya dia takut dengan cikgu dia. Kebetulan seminggu dia sekolah cikgu dia sakit MC sebulan, so sebulan tu dia excited balik, sampai lah satu hari dia gi sekolah cikgu tu ada.. terus mengamuk sampai saya kena berhentikan dulu persekolahan dia. 

Kemudian saya daftar ke sekolah lain dia dah tak nak bersekolah, masuk sekolah dua hari menangis-nangis.

Sampai sekarang ni bila sebut je sekolah dia menjerit tak nak gi sekolah.. mohon pandangan dan bantuan rakan-rakan jika ada cara untuk memujuk dan mengatasi masalah ini. 

Terima kasih. 

Acu




*************************************************************************************************

Dalam hal mcm ni, senang 
Je nak buat, u kenalah 
bertegas sikit dgn anak u.
Pujuk elok2 n kalau still 
taknak jugak marah la dia.
Biar dia menangis masa kecik, 
dan jgn sampai u pulak 
menangis bila dia dah besar nanti.

betul. Teman setuju pendapat mika itu. Tak usah turut sahaja kehendak anak. Sekali sekala, mika kena tegas bahawa mika hendak anak itu belajar susah untuk pandai.

*************************************************************************************************

Salam Acu...I rasa dia tkut dgn cikgu tu la... It's happen to me last time... ade kwn ank I g tau yg anak I ngis kat sekolah sebab cikgu marah yg dia x pandai menulis (tujuan kite anta nak kesekolah utk anak belajar...klu dia dh tau menulis xyah la kite susah2 hanta ke tadika kan??)
So I g ke tadika tu & tanya/beritahu Guru Besar berkenaan cikgu yg tak reti2 nak mengajar anak murid baik2.... & I tukarkan anak I ke sesi petang....Alhamdulillah spai arini dh Form 1 anak I x mau pongteng sekolah pun...
 
U cuba pergi ke tadika & tanye cikgu yg membuat anak u fobia tu.... Di sebabkan dia anak2 kite takut nak kesekolah...


*************************************************************************************************

Emmmm... Pujuk dah, marah pun dah.. Tp takkan tiap tiap hari nak marah.. Tak ke nnt akan menjejaskan psikologi dia?

*************************************************************************************************

Maaf Puan/Tuan ,


Obviously dia memang dah trauma ngan cikgu tu..cuba pelan pelan tanya dia apa cikgu tu dah buat kat dia sampai takut/terjerit sampai mcm t…we never know..these days banyak musang berbulu ayam….


*************************************************************************************************

salam,
sepatotnya alam persekolahan adalah alam yang paling menyeronokkkan.....
mereka mula belajar mengenal apa ertinya kehidupan, ertinya perasaan, ertinya moral dan sebagainya. kalau anak tak mahu ke sekolah tu banyak sebab
1. cikgu yang garang dan bengis.......
2. kawan yang suka ambil kesempatan.
3. persekitaran yang tidak selesa.
4. dia ketinggalan dalam pelajaran.
5. dia tak dapat apa yang dia hendak.
6. dia tiada kawan .
 banyak lagi punca menyebabkan anak benci untuk kesekolah.....
so apa yang perlu buat
1. tanya dia waktu dia sedang mood baik.....
2. tanya kawan kawan dia
3. pergi ke sekolah dan bincang dengan guru dia.
]4. ceriakan waktu dia nak ke sekolah
5. lihat dan study carekter dia.
6. tak boleh buat kesimpulan tergopoh gapah.........
harap dapat membantu.............

*************************************************************************************************
cuba selidik, mungkin boleh berbincang dengan cikgu, mengapa anak kita berkelakuan begitu. mungkin dia tak selesa atau ada kawan-kawan yang buli ke?... sebab sesetangah budak cepat fobia lagi2 baru masuk alam persekolahan. anak saya dulu pun macam tu, bila saya dapati rupa cikgu dia yang bermasalah. harap puan ambil langkah yang bijak.

*************************************************************************************************



Ambik cadangan para sahabat supaya cuba siasat apa yang sebenarnya berlaku. Bukan mengalakkan untuk curiga pada tenaga pengajar. Tetapi sebagai mencari penyelesaian kepada 2 pihak. Tidak boleh memarahi anak semata-mata dan berhari-hari tanpa kita cari jalan penyelesaian yang lain. Mungkin memang ada kesilapan pada anak kita, akan tetapi walaupun anak kita masih kecil mereka pun ada alasan mereka yang tersendiri di dalam diri mereka dan dunia mereka.
 
Memang anak-anak sekarang ini membuatkan kita banyak bermain dengan emosi dan psikologi mereka, berbeza dengan anak-anak dulu kala.
 
Mak saya seorang guru dan mak tidak pernah memarahi atau berkecil hati pada para ibubapa yang mempunyai perasaan curiga pada mak, di dalam mendidik anak mereka, sebab katanya ibubapa zaman ini pun banyak di tenangkan dengan permainan emosi dan psikologi. Satu pernyataan dari mak untuk saya yang mempunyai anak yang telah bersekolah hehehe... Sayang Mak.



*************************************************************************************************


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
bila bercakap tentang masalah anak yang tak mahu pergi ke sekolah, saya teringat tiga cerita yang sama. Anak saudara saya (perempuan) ketika berumur 5 tahun tak mahu ke sekolah selepas hari pertama persekolahan. Bila ditanya, dia memberitahu ibunya (adik saya), "Cikgu tak sayang adik, cikgu sayang kawan-kawan adik saja." masalah ini senang difahami kerana kita boleh mengatakan dia seorang kanak-kanak yang inginkan perhatian. Mungkin kerana dia anak bongsu yang sering diberi perhatian oleh ibubapa dan abang-abangnya ketika berada di rumah.

Anak ketiga saya (lelaki) pernah tidak mahu ke sekolah agama pada waktu petang ketika dia berumur 11 tahun kerana seorang ustaz yang teramat garang. Yang suka memarahi seisi kelas kerana kesalahan seorang pelajar yang datang lewat. Yang suka merotan pelajar kerana bising di dalam kelas. Padahal semasa dia di dalam darjah 5, dia sangat suka ke sekolah agama walaupun letih selepas balik dari sekolah kebangsaan. mulutnya tak habis-habis menyebut "Ustaz Kamarul baik, ustaz kamarul suka bergurau..ustaz kamarul best dan macam-macam lagi." Dari masalah ini saya sedar, guru adalah antara penarik utama untuk pelajar-pelajar ke sekolah. Guru juga boleh menjadi punca pelajar-pelajar ke sekolah. Guru bukan tidak boleh garang, tetapi biarlah bertempat. Apatah lagi jikalau pelajar-pelajar tadika yang baru nak mengenal alam persekolahan.

Anak kawan saya pula mahu pergi ke tadika, tapi bila sampai di tadika, dia akan menangis sekuat-kuat hati seperti dipukul dengan rotan. Tapi kawan saya hanya memujuk sekejab dan kemudiannya menyerahkan anaknya kepada guru kelas. Selepas kawan saya pulang, anak ini akan berhenti menangis dengan sendiri dan dia akan belajar dengan kawan-kawan sekelasnya.

Ada juga kanak-kanak yang tidak mahu ke tadika kerana ada kawan-kawan di tadika yang suka memukul atau 'membuli' mereka. Sebagai ibubapa kita perlu mencari punca sebenar kenapa anak kita tidak mahu ke sekolah. Berjumpalah dengan guru tadika tersebut dan minta guru yang pandai memujuk tolong pujuk-pujukkan anak kita. Saya masih ingat ketika anak bongsu saya tidak mahu ke tadika kerana masalah takut pada kawan-kawan yang 'garang', saya meminta guru kelasnya menelefon anak saya di rumah. Antara kata-kata cikgu muda itu ialah, "teacher rindulah kat Husna, datanglah sekolah, boleh belajar macam-macam". Anak saya yang berumur 6 tahun bertanya," teacher telefon adik sebab teacher sayang kat adik ke?" Bila saya menjawab "ya", dia nampak amat gembira dan akhirnya mula ke sekolah. 

Bagi saya, tak perlu kita marah atau memukul anak-anak yang masih mentah ini. kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula.

        "Berpesan-pesan dengan kebenaran,
        "Berpesan-pesan dengan kesabaran,
        "Berpesan-pesan dengan kasih sayang"

Wassalam
Dr Fauziah


*************************************************************************************************



Salam,
 
Nampaknya kenalah take part pergi sekolah n duduk dgn anak tu dlm masa 2  - 3 hari. Nanti cikgu tu pasti akan beri apa2 aktiviti utk buat dia leka ... yang penting kita duduk dgn dia...n ckp baik2 ... tentang bestnya pergi sekolah... duduk dgn kwn2... kat rumah takde kwn2... bleh main dgn kwn2 klu pergi sekolah... Ada cikgu yg pandai ambil hati murid2 kecil ni... Usaha tangga kejayaan....
 
Jgn ikutkan sgt dgn kerenah anak2.. kerana bila kita terlalu memanjakan mereka... mereka tidak yakin bila berada di tempat yg baru... dan dgn org baru... Berdoalah setiap hari sebelum menghantar anak ke sekolah.. Moga ALLAH permudahkan urusan anda hari itu dan hari2 seterusnya....
 
MOGA BERJAYA....


*************************************************************************************************



salaam..!
siasat dulu, saya pernah alami kedaaan anak xnak ke sekolah, sampai menangis xnak pergi... banyak kali, dah sampai tadika tpi terpaksa patah balik sebab dia menagis xnak turun turun kereta. xkan hari2 nak tarik tangan dan angkat masuk kelas..!! macam2 akal dia buat utk tak kesekolah..! 
sampai satu hari ketika dia mandi saya ternampak ada kesan lebam pada perut dan bnyak lagi sekitar pnggang... bila di tanya, dia cakap cikgu buat..!! selepas di siasat, memang cikgu buat dengan mencubit dan memulas isi dalam tempoh yg lama...!! dan kesalahannya ialah, dia tidak dapat menjawab soalan dengan betul... cikgu akan terus cubit dan pulas isi badan sehingga mendapat jawapan yg betul utk setiap soalan, aku dulu pun kena pukul juga, tpi agak2 la...jadi..... bapak mana yg tak terasa..??? 
dipendekkan cerita..!! tukar ke tadika lain dan sekarang happy utk ke kelas...! tapi masih fobia dengan cikgu yg garang...
sebelum salahkan anak, siasat persekitaran sekolah, rakan2 dan guru2nya sekali....   





*************************************************************************************************



sy masih ingt, sy berkelakuan spt itu dlu. apa mak sy buat. dia pujuk sy. tapi tak mau jugak. so, dia paksa sy g sekolah. menangis la sy dr pg smpi ptg. 2,3 hr ajer syy buat perangai. akhirnya, selamaa 20thn pegi sekolah, sy tak pernah ponteng sekolah kecuali mc. 

moral of the story, paksa dia pegi sekolahh....

p/s: jika benda baik utk  anak, jgn diikutkan sgt kehendak anak yg taktau apa-apa yg meyebabkan kemanjaan melampau bila besar kelak. akan menyusahkan ibubapa balik..



*************************************************************************************************



salam...
 
sy pun nak berkongsi cerita psl anak x nak g sekolah ni...
anak sy umur 5 thn..tadika swasta islam..hari pertama mula2 ok..pas tu nangis..CIKGU N PEMBANTU BUAT DEK JE...tp sy biarkan..hari kedua pun sama..sy biarkan..hari ketiga pun sama gak..tp sy x biarkan...sy bgtau ngan guru besar supaya dia bgtau ngan cikgu kelas & pembantunya supaya alert sikit pada anak2 murid dia yg menangis..ini x..dibiarkan saje..budak2 tu menangis.. Mentang2 lah ibu bapa anak2 murid yg menangis tu ada berhampiran...so cikgu anggap biar ibu bapa yg handle..
 
TUTUPLAH PINTU N TINGKAP TU...JGN BG ANAK2 NAMPAK IBU BAPA DAN IBU BAPA PUN BG LAH KERJASAMA PD CIKGU2 NIE...JGN DIPANGGIL ANAK2 MASA WAKTU BELAJAR...
 
kalu kena jenis ibu bapa yg berkerja, mcm mana...x kan nak tgu sampai abis sekolah...Logik lah sikit cikgu oii...cikgu2 pun kenalah pandai tackle bebudak nie...itu blm lg bab nak g toilet..kalu jenis anak2 yg dah pandai basuh sendiri oklah...tp still gak cikgu2 kena monitor jgk...bkn just tlg bkak pintu toilet n tgu kat luar...Pada pendapat sy..mmg kena paksa anak2 g sekolah..diaorg nangis sekejap je...pas tu bila semua dah ada dlm kelas...diaorg akan berhenti nangis...InsyaAllah
 
SEKADAR MELUAHKAN PERASAAN..



*************************************************************************************************


ha ah.....sama ngan ank buah sy sorang ni....camtu la gak....tp lg teruk kot...mmg x nk langsung gi sekolah dr awal tadika.....dia pulak manja sgt ngan sitter dia....kt rumah dia dh ngamuk2 x nk pegi, meraung2, heret jugak lak, paksa, berguling2 nangis, masa heret dia tue mana benda yg dia sempat capai, dia capi, kaki kerusi ker, kaki meja ker.....kitorang dh trgelak2 dh.........nangis teresak2 tue kitorang bwk gak gi tadika, tersedu2 dia......dh smpai tue plak, bila sitter dia nk kuar, kira x blk la cuma nk tunggu dia kt luar jer, skali lagi dia wt hal, pastu cikgu tadika tue kasila sitter ni masuk......alih-alih sitter dia ikut skali masuk blajar dlm kelas tadika tue, ari2 tunggu!!!tp bila dh naik darjah 1, ok jer, adala tunggu 2-3 ari jer camtu, pastu dh ok....huhu...tu la antara pengalaman saya...sekarang ank buah saya ni dh besar pjg, dh jadi ank bujang pon, baru lepas SPM ari tue....hihi



*************************************************************************************************

Salam Acu,
 
Anak sy dulu pun mcm tu. Masa umur 4 tahun masuk skolah..hanya bertahan 2 bulan. Last year umur 5 tahun, bertahan sampai 9 bulan. Hari2 problem nak ke sekolah. Mesti menangis dan beri mcm2 alasan tak nak sekolah.
 
Tapi alhamdulillah tahun ni dia msk 6 tahun, pergi sekolah dgn senang hati (harap2nya berkekalan lah). Hari kedua sekolah siap ajak saya hantar dia cepat ke sekolah.
 
Apa yg sy dapat dr pengalaman sy adalah cikgu memainkan peranan yg utama dalam menarik minat. Dulu anak pun phobia dgn sorang cikgu ni. Bila sy sebut aje nama cikgu tu dia terus menjerit x nak ke sekolah. Sekarang bila tanya cikgu dulu dan sekarang mcm mana? Anak kata cikgu dulu jahat...yg sekarang baik.
 
Mmg betul sy pun perhatikan cikgu disekolah baru ni lebih penyayang dan professional berbanding dulu. Anak kita dilayan spt anak mrk sendiri, dicium dan dibelai. Sy bersyukur sgt. Cikgu yg betul2 hendak mengajar anak2 dengan penuh kasih sayang dan bukannya hanya nak mendapat keuntungan semata. (Anak pernah mengadu cikgu skolah lama pernah ketuk kepala dia sbb tak pandai belajar- jadi anak tu phobia nak ke sekolah)
 
Rumusan yg sy dpt adalah ada tadika yg menyediakan cikgu2 yg tidak bertauliah yg hanya mengajar sekadar cukup syarat shj...jd bila ada anak2 yg x catch up akan dimarah...Mungkin Acu boleh tanya kawan2 atau jiran2 ttg sekolah2 lain yg anak mereka hadiri utk buat perbandingan. Cuba cari yg paling bersesuaian dgn jiwa anak.
Harap pengalaman sy dpt membantu.



*************************************************************************************************



saya rasa lah...better jumpa pakar psychology ..mungkin ada insiden antara anak 2 dengan cikgu dia sampai menyebabkan dia trauma untuk ke sekolah....
ASHIKIN



*************************************************************************************************


Assalamualaikum warahmatullah. 

semua anak anak saya tak de masalah tak nak gi sekolah masa mula mula.. (ramai tak ke tadika pun)   hari pertama pun saya tak hantar, hantar dia naik bas je.. apa yang saya buat ialah saya selalu bawa mereka kesekolah bila ada peluang sewaktu mereka kecil lagi.

I don’t know what the key to success is, but the key to failure is trying to please everyone.
I'm not perfect, i make mistakes, hurt people, but when i say sorry.I mean it.


*************************************************************************************************



Salam Acu
 
Saya ada anak berumur 4thn. Semalam adalah hari pertama dia ke sekolah,so far...dia excited. Bila hantar semalam,menonong je dia masuk..dah tak pandang mak ayah dia kat luar ni. Hari ke-2,pagi ni mengamok skit..sebab tak dapat susu,ajak mandi .. then cakap dengan dia..nak pergi school....sengih² suka. Hope mood dia akan remain la. Ramai kawan-kawan saya yang hantar anak dorang ke tadika...so far takde masalah jugak. Mungkin anak acu rasa trauma dengan cikgu kat sekolah tu...membuatkan dia rasa takot nak ke sekolah. Dalam fikiran dia..semua cikgu garang sebab tu dia takot nak ke sekolah. Apa yang boleh saya sarankan...cuba acu survey tadika² kat kawasan sekitar,then test & error anak acu kat situ. Terangkan kat dia...cikgu kat sini baik,tak garang,sayang budak...kiranya acu kena cuci balik pemikiran dia tu. Budak baya² anak kita ni...dorang akan mudah tangkap apa yang orang persekitaran lakukan. Mintak kerjasama dengan cikgu ditadika,terangkan masalah anak acu ni.
 
Sue



*************************************************************************************************


Betul tu Dr…yang anak saya pulak lain hal nya…gula gula dia taknak….nak kena rasuah ngan ‘Twiggies’ pagi pagi baru dia cam ceria sikit nak ke tadika…ha ha..takpe lah kira cam breakfast jugak ler…


*************************************************************************************************


hari pertama anak saya excited sgt.. senyum meleret2, tp masuk hari kedua dah mendung, blk umah ckp xnak sekolah dah esok. siap ckp cikgu jahat.. Tanya punya tanya dia kt cikgu "tunjal kepala" dia sambil marah sbb dia xpandai pakai seluar lepas kencing. Anak saya masuk sek Pra (5thn). Hari ketiga hantar sek, air mata meleleh2 nangis tp xde la sampai nangis meraung2. Nak jumpa cikgu, smpai kul 8 sy tunggu xde, last saya ckp kat pembantu cikgu psl anak saya....alhamdulillah balik dr sek hari ketiga, dia senyum je..

*************************************************************************************************



salam acu, problem anak acu macam prob anak saya dulu. awal2 excited sgt lepas tu nangis2 sampai berguling2 bila dipaksa. naluri ibu rasa ada yg tak kena,naluri ayah dia, langsung takde...! disuruh paksa juga anak pergi sekolah.  kerana rasa tggjwb dan kasih sayang,sy jd spy sendiri, gali2 rupanya dia takut sgt dan kecik ati kat cikgu kelas dia!. apa taknya baru masuk sekolah ,mestilah tujuan nak belajar tapi di marah terus dan rotan!. cikgu suruh 'buka muka surat' dia takbuat sebab tak tahu (tak faham 'mukasurat' tu apa dan motor skill utk menulis lambat,maklumlah baru jejak sekolah)dan lambat menulis,dia di bedal dgn rotan sampai birat lengan! dan cikgu yg tak sepatut jadi cikgu itu juga pakai perkataan spt 'bodoh,lembab,malas'.
 
saya pun 'pet talk' dgn cikgu dia,tapi saya di kena 'sound 'kata memanjakan anak! dan menuduh anak sy berbohong. saya tulis surat komplen kat pengetua. akibatnya anak sy kena pulau kat cikgu tu. tapi sy tak putus berdoa supaya anak sy diterima dan cikgu tu menyesal. doa  ibu ini dimakbulkan juga,lama-kelamaan ,elok lah keadaan.anak saya tak meragam lagi dan cikgu tu pun ok. sy tak tukar sekolah kerana baru seminggu sekolah dan tak 'melompat'  marah terus.
 
saya rasa acu 'tepuk dada,tanya selera'  dlm hal2 ini kerana anak itu anak acu sendiri. kalau org lain mrk boleh cakap apa saja tanpa emosi dan kasih sayang. kita cari penyelesaian atas rasa tggjwb/kasih sayang terhdp amanah Allah swt ini.
 
wassalam.
 
rinz.



*************************************************************************************************



Salamun alaik, everyone.

Just to share, anak kami baru sahaja masuk Darjah 1, dan alhamduliLLAH, berbanding dengan pengalaman dan emosinya ketika attending pre-school / kindergarten sepanjang 3 tahun sebelumnya, anak kami kini riang and look forward to going to school everyday.

Anak kami attended pre-kindergarten (usia 3-4 tahun), dan kindergarten (5-6 tahun), semuanya di tempat2 yang 'mixed' dan dikendalikan oleh 'mixed' teachers.

Pengalaman semasa pre-kindy, alhamduliLLAH ok, cuma kami sendiri yang memerhati beberapa perkara yang saya share dengan rakan2 untuk penilaian sendir.  Pada hemat kami, memang ternyata ada berlaku pilih kasih (pilih warna kulit?) - Ketika pre-kindy, terdapat game role-play untuk jenis2 pekerjaan - kami dapati anak kami dan tiga orang rakan sekelasnya yang Muslim diberikan profession Postman, Policeman, Bomba dan Askar.  Profession2 seperti Doktor, Guru, Engineer, Lawyer pula diberikan kepada kanak-kanak lain.


Semasa kindergarten pula, kami menghantar anak saya ke sebuah tadika yang agak terkenal (dan termahal) dengan penuh harapan agar anak kami boleh berpeluang belajar lebih banyak perkara (seimbang dengan yurannya yang mencecah 4-digit).  Memandangkan anak kami telah menghadiri pre-kindy, beliau look forward to going to the kindergarten and tiada masalah "separation anxiety" from the parents or home.  Unfortunately, pada hari ke-3 sahaja anak kami menangis tidak mahu ke kindergarten tersebut - sesuatu yang pada kami sangat payah untuk difahami terutamanya apabila kami yakin kindergarten tersebut adalah yang terbaik.  So kami mengambil approach memujuk+rationalising+disciplining dan berkeras menghantar anak kami setiap pagi ke tadika tersebut.  Ternyata anak kami mematuhi kata-kata kami dan walaupun terpapar kesedihan dan ketidak-sukaan di mukanya, dan tergenang airmatanya pada setiap pagi dihantar ke tadika. 

Perkara tersebut berjalan sehingga satu penggal (persekolahan), dan walaupun kami cuba menidakkannya, anak kami berubah menjadi kurang ceria, kurang bersemangat, kurang confident dan takut untuk berkata2.  Di samping itu, badannya mula susut dan pancaran matanya layu.  Tanpa mengindahkan kerugian yang kami alami kerana yuran yang telah terbayar, kami mengambil keputusan untuk memberhentikan anak kami dari tadika tersebut dan memberikannya ruang untuk berada di rumah sahaja selama dua bulan - kira macam pulih semangat, sebelum mendaftarkannya ke sebuah pre-school yang lain, dan memohon kerjasama guru utama di sekolah tersebut untuk memberi perhatian kepada anak kami.  AlhamduliLLAH, walaupun telah terbazir kira2 setengah tahun (dan beberapa ribu ringgit), anak kami dapat pick up all the necessary skills to see him through to Standard 1.


So apa sebenarnya yang berlaku di kindergarten yang digeruni oleh anak kami itu?  Segala2nya terbongkar apabila guru utama di pre-school yang kedua berjaya memenangi hati anak kami, dan anak kami menceritakan apa yang berlaku padanya.  Ingin saya kongsi bersama2 parents yang lain bahawa anak2 kita yang masih kecil belum punya kebolehan untuk mengekspresi emosi dan isi-hati mereka dan mereka hanya dapat memaparkan kerisauan / kesedihan dengan tangisan / penolakan (terhadap sesuatu).  Rupa2nya guru kelas kepada anak kami di kindergarten yang digeruni tersebut punya teaching style yang sangat tidak mesra dan sehingga kini membuatkan darah saya mendidih setiap kali terfikirkannya.  Anak kami telah memberitahu guru barunya bahawa guru yang dahulu selalu memarahinya dengan kata2 yang negatif, seperti:
  • "Why you like dat?"  "Why you don't know?" "You everyday also don't know!" "You everything also don"t know!"
Ketika memasuki pre-school yang kedua, anak kami masih trauma dan masih dalam ketakutan sehingga setiap kali beliau hendak memulakan sesuatu kerja-sekolah, anak yang kami didik untuk bersemangat dan berkeyakinan menjadi was-was dan ketakutan, sehingga beliau memberitahu kepada guru barunya bahawa "I am not clever".  Bila ditanya oleh guru barunya kenapa anak saya berkata demikian, anak kami memberitahu bahawa guru lamanya mengatakan begitu kepadanya setiap hari!!!

Perkongsian saya ini adalah untuk menimbulkan awareness kepada rakan2 ibu-bapa that we really do not know what exactly our children face (and have to face everyday), sama ada baik mahupun buruk.  Anak2 kita yang masih kecil tidak punya kebolehan sepenuhnya untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku kerana mereka masih belum punya kebolehan untuk membaca tujuan seseorang berdasarkan kata-kata mahupun pebuatan orang tersebut.  Juga, kita tidak tahu tujuan dan mission sebenar individu2 yang dibayar untuk memberikan pendidikan kepada anak2 kita.  Apa yang dapat anak2 kita rasakan adalah emosi lapisan pertama yang sangat polos dan itulah yang diluahkan melalui tangisan, genangan air mata, sembunyi di bawah katil mahupun senyuman dan sinar di wajah.  Pinta saya, sekiranya ada anak2 yang memaparkan kesedihan / ketidak-senangan, take the time to investigate.

And for the record, anak kami dididik dengan pertuturan bahasa yang lebih berstruktur grammar dan dictionnya dan mungkin beliau sukar memahami apabila bahasa pecah-belah (broken English) dipertuturkan.  Dan dengan didikan kami di rumah, ketika berusia 5 tahun, anak kami sudah sempurna solatnya dan telah hafal ayat2 lazim hingga Surah Al-Kaafirun.

Wassalam.
*Ice*


*************************************************************************************************



Salam & Selamat Pagi semua...
 
Hari ni hari yang paling menggembirakan saya, kerana anak saya dah mula suka pergi sekolah.....(TADIKA)
 
Hari pertama saya terpaksa meneman dia didalam kelas. Hari kedua anak saya panjat pagar nak larikan diri dari sekolah sambil jerit " Mama, jagan tingalkan Noah".  Saya terus menuju kepada dia  takut dia terjun dari pagar batu yang tinggi tu. Saya pujuk dia dari luar pagar sekolah sambil kami berpelukan. Cikgu dia kata " puan tak pe biarkan dia nanti ok lah tu". Cikgu menuruh saya pergi. Sedih saya......  dengar jeritan dia didalam sekolah... saya pun menitiskan air mata.   Hari ketiga  anak saya tak mau pergi sekolah... pagi2 dah mengamuk...Hari keempat  saya kena duduk dalam kelas kalau tidak dia tak nak sekolah .... sampai cikgu tu pun kata " puan kalau boleh jagan duduk dalam kelas".... malu juga bila cikgu cakap cam tu.   Hari kelima anak saya tak mau pergi sekolah... kat rumah lagi dah menangis. Minggu ni saya memang tension sangat. Rasa diri macam tak terurus...
 
Minggu ke 2
 
Isnin,  menangis bila sampai sekolah... saya herdik dia dan pukul pipi dia (ala2 manja)... tak baik pukul muka sebenarnya... tapi saya tak sabar.   Dia menangis lagi.... sambil berkata "kenapa mama buat Noah macam ni, Noah sedih sangat.".  "Mana tepuklah Noah, mama peluklah Noah...mama ciumlah Noah."  Saya buat apa yang dia nak. (memang pagi2 saya akan peluk cium dia) lepas tu saya lari keluar dari pagar sekolah. Dia menangis lagi. Dia panggil saya suruh peluk cium dia lagi..... Saya pun peluk cium dia sambil saya pun menangis. Lepas tu cikgu dia amik dia masuk dalam kelas.  Saya dengar lagi suara dia menangis.  Saya sedih sangat....Kat tempat kerja saya tak tentu arah mengenangkan anak saya.
 
Selasa, tak nak keluar kereta, saya jerit " nak sekolah ke tak nak!!!!!!!!!!. semua mata memandang kepada saya.  Malu tolak ketepi.... tak sabar dah ni....Dengan muka sedih dia masuk kedalam pagar sekolah..... saya peluk cium dia.....tepuk belakang dia...dia cium tangan saya..... saya kata " Mama nak pergi kerja ye... Noah belajar tau nanti bila besar boleh dapat kerja bagus. Noah nak jadi apa bila besar nanti.?" tanya saya.  " Noah nak jadi USTAZ" jawab dia. Saya pun kata " Ok kalau nak jadi ustaz kena rajin pergi sekolah.... dengar cakap mama, dengar cakap abah, dengar cakap cikgu". Dia salam dan cium tangan saya lagi dan masuk ke kelas.
 
Rabu, sampai sekolah saya pimpin dia sampai pagar sekolah. Dia minta saya tepuk, peluk dan cium dia lama2.... saya pun buat apa yang dia suruh.... Cikgu2 yang ada pun heran... sambil tersenyum cikgu2 semua kata Noah bagus....tepuk tangan..... dia masuk kekelas dengan semangat baru.
 
Saya pergi kerja dengan hari yang ceria..........Berkat doa saya selepas sembahyang subuh supaya lembutkan hati anak saya YAZEED NOAH... AMIN...
 
Moral of the story is :-   jangan paksa anak... cuba pujuk dengan sabar.......
 
 
 
anna&theking.......