Wednesday, August 31, 2011

Cara buang lendir pada ubi keladi



Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.



Tuesday, August 30, 2011

Hidupan Dasar Laut


(Al-Hajj (22): 5)
Dengan air hujan juga akan mengairkan laut dan sungai-sungai, bagi membolehkan hidup-hidupan laut dan sungai hidup di dalamnya serta bagi kemudahan laluan bagi manusia. Semuanya ini memberi manfaat kepada manusia.


Firman Allah s.w.t. berbunyi:

Maksudnya: "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadikan makanan bagi kami; dan Ia yang memberi kemudahan kepada Kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk Kamu (mengambil manfaat darinya)".
(Ibrahim (14): 32)

Firman Allah s.w.t. lagi:
Maksudnya:"Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamatnya yang kamu tuju".
(An-Nahl (16): 14 - 15)






Maksudnya: "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati klazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan".

(Al-Maa’idah (5): 96)



Monday, August 29, 2011

Hadis Dua Perkara Yang Berharga (Hadis Thaqalain)



Sabda Nabi SAW:"Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan itrah Ahlu l-Baitku. Sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya nescaya kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya. "
Muslim di dalam Sahih31nya mengutip sabda Nabi SAW: Aku tinggalkan kepada kalian Thaqalain (dua perkara yang berharga) pertamanya Kitab Allah padanya petunjuk dan cahaya. Oleh itu ambillah kalian dengan Kitab Allah dan peganglah kepadanya. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahlu l-Baitku ini.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad32nya daripada Sa'id al-Khudri daripada Nabi SAW bersabda: Aku hampir dipanggil (oleh Tuhanku) dan aku segera menyahutinya. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-Thaqalain (dua perkara yang berharga) Kitab Allah dan 'Itrahku. Kitab Allah adalah tali yang terbentang daripada langit ke bumi dan 'Itrahku Ahlu l-Baitku. Sesungguhnya Allah SWT memberitahuku tentang kedua-duanya. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembali kepadaku di Haudh. Maka kalian jagalah baik-baik kedua peninggalanku itu.
Al-Muttaqi al-Hindi meriwayatkan hadith ini di dalam Kanz al-Ummal.33 Sementara al-Turmudhi di dalam Sahih34nya daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari dia berkata: Aku melihat Rasulullah SAW di Haji Wida' hari Arafah ketika beliau berada di atas unta dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian, jika kalian mengambilnya nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan 'Itrah Ahlu l-Baitku. Al-Turmudhi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dhar, Abu Sa'id, Zaid bin Arqam dan Huzaifah bin Usayd.
Al-Turmudhi juga meriwayatkannya daripada Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian selama kalian berpegang teguh kepadanya, kalian tidak akan sesat selepasku. Salah satunya lebih besar daripada yang lain: Kitab Allah merupakan tali yang terbentang daripada langit dan bumi dan 'Itrah Ahlu l-Baitku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haudh. Kalian jagalah baik-baik dan bagaimana kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Al-Turmudhi selepas mengeluarkan hadith ini menyatakan bahwa hadith ini adalah hadithHasan.
Al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,35 al-Hakim di dalam al-Mustadrak36 daripada Zaid bin Arqam, sesungguhnya Nabi SAW bersabda semasa Haji Wida': Sesungguhnya aku tinggalkan pada kalian Thaqalain (dua perkara yang berharga) salah satunya lebih besar dari yang lain; Kitab Allah dan Itrahku. Oleh itu jagalah kedua-duanya peninggalanku itu. Sesungguhnya kedua-duanya itu tidak akan berpisah sehingga dikembalikan di Haudh. Al-Hakim37  selepas mengemukakan hadith ini menyatakan bahawa hadith ini adalah sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim. Juga al-Dhahabi di dalam Talkhis38nya.
Al-Qunduzi al-Hanafi dalam Yanabi' al-Mawaddah39 meriwayatkan daripada Imam al-Ridha AS bahawa beliau berkata tentang itrah: Mereka disabdakan Rasulullah SAW: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan 'itrah Ahlu l-Baitku. Sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan di Haudh. Dan jagalah baik-baik kedua-dua peninggalanku itu. Wahai manusia, janganlah kalian mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian. Ibn Kathir telah meriwayatkan hadith ini di dalam Tafsir40nya.
Ibn Hajr di dalam Sawa'iqnya bab kesebelas menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan dengan banyak. Ketahuilah bahawa hadith Thaqalain telah diriwayatkan oleh lebih daripada dua puluh sahabat. Ada yang menyatakan ianya berlaku di Haji Wida' di Arafah, ada yang menyatakan di Madinah ketika Rasulullah SAW sedang gering di mana biliknya dipenuhi oleh para sahabat. Ada yang menyatakan ianya berlaku selepas beliau pulang dari Taif. Walau bagaimanapun ianya tidak menjadi halangan jika beliau mengulangi hadith tersebut di tempat-tempat yang berlainan kerana penekanan beliau yang serius terhadap Kitab Allah dan 'itrahnya yang suci.
Al-Ya'qubi di dalam Tarikh41nya menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda: Aku melintasi kalian ketika kalian dibentangkan di hadapan Haudh. Sesungguhnya aku akan bertanya kepada kalian ketika kalian  dikembalikan kepadaku tentang Thaqalain. Dan lihatlah bagaimana kalian memperlakukan kedua-dua peninggalanku. Mereka bertanya: Apakah Thaqalain (dua perkara yang berharga) wahai Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Yang pertama adalah yang paling besar iaitu Kitab Allah (berada) 'di tangan' Allah dan di tangan kalian. Justeru itu kalian berpeganglah dengannya. Janganlah kalian menjadi sesat, dan janganlah kalian menukarnya dan kedua 'itrah Ahlu l-Baitku.
Al-Darimi telah menyebutkannya di dalam al-Sunan42, al-Nasa'i di dalam al-Khasa'is43 dan al-Khanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib44. Abu Nua'im al-Isfahani di dalam al-Hilyah45, Ibn al-Kathir al-Jazari di dalam Usd al-Ghabah46, Ibn Abd Rabbih di dalam al-Iqd al-Farid47, Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas48, al-Halabi al-Syafi'i di dalam Insan al-'Uyun49, Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib50, al-Nisaburi di dalam Tafsirnya51, al-Khazin di dalam Tafsir52nya, Ibn Abi l-Hadid di dalam Syarh Nahj al-Balaghah53, Syablanji di dalam Nur al-Absar54, Ibn Sibaqh al-Maliki di dalam Fusul al-Muhimmah55, dan al-Baghawi al-Syafi'i di dalam Masabih al-Sunnah.56
Sayyid Syarafuddin RH menyatakan di dalam bukunya al-Muraja'at57 (Dialog Sunnah - Syi'ah) bahawa buku-buku sahih yang mewajibkan berpegang kepada Thaqalain (dua perkara berharga) adalah Mutawatir, dan ianya telah diriwayatkan oleh lebih dua puluh sahabat. Di mana Rasulullah SAW telah bersabda di tempat yang banyak, di hari Ghadir Khum, hari Arafah di Haji Wida', selepas kembalinya dari Taif, di atas mimbar masjidnya di Madinah dan akhirnya di dalam biliknya semasa sakitnya. Bilik di waktu itu dipenuhi oleh para sahabat. Beliau bersabda: Wahai manusia! Hampir nyawaku diambil dengan cepat, dia (Izra'il) sedang datang kepadaku. Dan sesungguhnya aku telah mengemukakan kepada kalian kitab Allah 'Azza Wa Jalla dan 'Itrah Ahlul Baitku. Kemudian beliau mengambil tangan 'Ali lalu mengangkatnya sambil bersabda: Ini 'Ali bersama al-Qur'an, dan al-Qur'an bersama 'Ali kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga kedua-duanya kembali kepadaku di Haudh.
Anda mengetahui perkataan khutbah SAW di hari itu tidaklah berhenti dengan perkataan ini sahaja, tetapi sayangnya politik telah membelenggukan lidah-lidah pakar-pakar hadith, dan menahan pena penulis-penulis. Meskipun titisan yang sedikit (ini) dari lautan itu dan serpihan yang kecil dari keseluruhannya adalah memcukupi.

Nota Kaki:
31. Sahih, II, hlm. 238. 32. al-Musnad, III, hlm. 17, 26, 59, dan IV, hlm. 267. 33. Kanz al-Ummal, VII, hlm. 112. 34. Sahih, II, hlm. 308. 35. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 16. 36. al-Mustadrak, III, hlm. 109, 148 & 532. 37. Ibid., hlm. 109. 38. al-Talkhis, III, hlm. 109. 39. Yanabi al-Mawaddah, hlm. 25. 40. Tafsir Ibn Kathir, III, hlm. 486. 41. Tarikh al-Ya'qubi, II, hlm. 93. 42. al-Sunan, II, hlm. 432. 43. al-Khasa'is, hlm. 30. 44. Kifayah al-Talib, hlm. 89. 45. Hilyah al-Auliya', I, hlm. 355. 46. Usd al-Ghabah, I, hlm. 12; II, hlm. 147. 47. al-'Iqd al-Farid, II, hlm. 346. 48. Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 332. 49. Insan al-'Uyun, III, hlm. 308. 50. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 18. 51. Tafsir al-Nisaburi, I, hlm. 349. 52. Tafsir al-Khazin, I, hlm. 257. 53. Syarh Nahj al-Balaghah, VI, hlm. 130. 54. Nur al-Absar, hlm. 99. 55. al-Fusul al-Muhimmah, hlm. 25. 56. Masabih al-Sunnah, III, hlm. 2056. 57. al-Muraja'at, hlm. 22. 

Sunday, August 28, 2011

Solat Tak Batal Jika Tahan Kentut

Persoalan Agama: 
Solat tak batal jika tahan buang angin Bersama Ustaz Zahazam Mohamed


Soalan:
APAKAH hukum seseorang yang sembahyang dalam keadaan dia menahan buang angin? Adakah solatnya batal?


drpd: Rahman,
Hulu Kelang, Selangor.


Jawapan:
SYARAT sah solat mestilah terpelihara daripada perkara yang membatalkan wuduknya. Satu perkara yang membatalkan wuduk ialah membuang angin atau terkentut. Jika ia menahan sehingga angin tidak keluar maka wuduknya tetap sah.


Justeru, usahanya menahan angin itu sendiri tidak membatalkan solatnya. Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut)."


Imam Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Jika seorang daripada kamu berasakan ada angin (ketika dia ada) dalam masjid, maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk), kecuali apabila dia mendengar bunyi atau menemukan angin."


Memang solat seseorang yang menahan angin atau air kecil dan besar dihukumkan makruh oleh ulama kerana keadaan demikian sudah tentu mengganggu soal khusyuk dirinya. Akan tetapi perkara ini tidaklah sampai membatalkan solat. Wallahualam.

Sumber : Email Yahoo Group

Friday, August 26, 2011

Sunday, August 21, 2011

Coffee Motivation

<a title="View Coffee Motivation on Scribd" href="http://www.scribd.com/doc/62204367/Coffee-Motivation" style="margin: 12px auto 6px auto; font-family: Helvetica,Arial,Sans-serif; font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; font-size: 14px; line-height: normal; font-size-adjust: none; font-stretch: normal; -x-system-font: none; display: block; text-decoration: underline;">Coffee Motivation</a><iframe class="scribd_iframe_embed" src="http://www.scribd.com/embeds/62204367/content?start_page=1&view_mode=list&access_key=key-259bhqgnycnrorrrzce7" data-auto-height="true" data-aspect-ratio="1.2938689217759" scrolling="no" id="doc_30283" width="100%" height="600" frameborder="0"></iframe><script type="text/javascript">(function() { var scribd = document.createElement("script"); scribd.type = "text/javascript"; scribd.async = true; scribd.src = "http://www.scribd.com/javascripts/embed_code/inject.js"; var s = document.getElementsByTagName("script")[0]; s.parentNode.insertBefore(scribd, s); })();</script>

Saturday, August 20, 2011

Friday, August 19, 2011

Hadis Ke Lubang Biawak





Umat Islam akan mengikuti jejak langkah ataupun gaya hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggakan dalam urusan yang kecil dan perkara yang tidak munasabah. Contohnya; seandainya orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.
Pada masakini kita dapat menyaksikan sendiri kenyataan sabdaan Rasulullah S.A.W ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nasrani sama ada secara sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani malah ramai pula di kalangan kita yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah, selamatkanlah kami daripada mereka!

Thursday, August 18, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Pro & Kontra : Menghantar Anak Ke Sekolah Tahfiz

*Saya kumpulkan soalan dan jawapan dari Sahabat Interaktif Malaysia*


Soalan : 


Salam to all ummis and parents

Saya sedang mempertimbangkan 'pros and cons' untuk menghantar anak saya ke sekolah tahfiz berasrama di Bangi/Kajang. Anak saya lelaki berumur 8 tahun dan perempuan berumur 9 tahun.

Diharap other parents dapat berkongsi pendapat/maklumat/pengalaman menghantar anak kes sekolah rendah tahfiz berasrama.

Terima kasih.





Jawapan : 


as salam thn lps sy anta ank sy yg sulong ke skolah tahfiz darul fuqaha d bangi/kajang...alhamdulillah ader prubahan, thn ni ank ke 2 nk masuk jugak....akademik pun ader....dunia dapat, akhirat pun dpt..call penyelia ust. azlan 019 2677703 wslm..nosdin

****************************************************************************************************

Assalamualaikum warahmatullah.

rasanya terlalu muda untuk anak 8 9 tahun.. masukkan dulu dia kesekolah rendah islam..( yang pastinya banyak subject.. 14 kot) tengok dia boleh cope tak.  lepas upsr masukkan dia ke maahad tahfiz (ukur samaada dia boleh habis dalam masa 2 tahun) lepas tu dia mesti ambil SPM .. dan STAM kalau dia nak bergiat dalam bidang agama.

kat malaysia ni dah beribu dah hufaz.. tapi hufaz yang mahir tentang agama islam ni sikit sekali... amat rugi kalau kita cuma hufaz.. sedangkan telah ada engineer, doktor, magistrate, utz, lawyer yang juga hafiz

****************************************************************************************************

Salam,

Pengalaman sendiri & pengamatan.
Alhamdullilah .. walau pun masih baru berniat.
Dulu saya menghantar anak saya di Kelantan - Al-Imam International Kubang Kerian (berasrama penuh)

Saya kira menafaat  & kebaikan nya tak perlu di ceritakan lag i - semua dah tahu.
Tetapi cuba kita tanya diri kita & lihat perkembangan anak itu sendiri. Betul kita mencorak kan anak itu ...


Faktor : Nawaitu/Ambition kita /anak
1) Apakah itu yang kita mahukan dari anak kita? Jadi seorang Hafazan?
Jika 50-50  ia akan menggangu dalaman anak itu berjaya.
Saya juga tahu ramai mereka yang cemerlang sebagai architecture & engineer  & doktor yang hafiz

Faktor : Asrama - anak masih kecil
2) Apakah kita sanggup lihat anak kita yang kecil itu tinggal berjauhan entah makan entah tidak? Anak saya laki2 waktu 10 tahun kami hantar beliau & kini sudah lepasan universiti. Ibu biasa teringat & kasihan, nanti masuk 2-3 bulan tak tahan pulak? kalau dekat ok tetapi kalau jauh macam kami .. KL  ke Kelantan - setahun 2/3 kali aje jumpa. Jadi harus kental & tahan itu semua - rindu dendam kpd anak.


Faktor : Minat anak itu sudah di asah/didik
3) Apa kah anak itu sudah di didik dan cenderung ke arah situ? cuba lihat  sekolah tahfiz .. berapa ramai yang keluar  jadi hafazan.. & jadi nakal? Kita harus lihat negative nya juga..... ramai juga yang merokok di luar sekolah ..hmm. Ini saya sendiri lihat - sekolah agama penuh.

Faktor: Umur
Apa kah umur sekecil itu boleh menjaga diri sendiri - kena tahu jenis sekolah itu bagaiamana juga.
Jika anak itu boleh di latih ok jika tidak anak itu mungkin melawan dari dalaman ...payah nanti ..

Faktor : Sumber Kewangan - biaya sekolah
Harus bersih - jika tidak kita boleh lihat anak kita itu bagaimana? makanan juga harus jaga ..hmmm


Kerana pengamatan saya .. ramai juga anak2 itu di paksa/dorong ketempat yang tidak mereka minat.
 Lihat sekolah agama/tahfiz - macam dumping ground - sebab tidak berjaya / nakal di sekolah biasa hantar anak ke sekolah agama/tahfiz.  Kemudian bergaul & menjadi nama sekolah agama/tahfiz itu tidak elok. Anak kita rosak.
Jadi kena check juga sekolah itu. Maaf saya tak tahu pulak sekolah cik puan nak hantar tu ...

Walaubagaimana pun .. saya ucap tahniah kerana nawaitu yg murni tu ..

****************************************************************************************************

salam..betul pendapat tuan joko lungo kita..berdasarkan pengalaman saya sendiri..kesemua anak saya (4 org) pada usia 7 hingga 12 tahun saya masukkan mereka ke sekolah rendah islam ..dan jumlah subjek (dinniyah dan akademik = 14 atau lebih subjek) . Mualim dan mualimah memang pakar dalam mendidik anak2 saya ..dan alhamdulillah mereka cemerlang dlm dua2 jenis subjek..tetapi ibu dan bapa WAJIB memainkan peranan.

dpt result UPSR barulah saya apply sek. asrama penuh bertahfiz/maahad .milik kerajaan atau swasta .yg mana kecermerlangan akademik selari dengan dinniyah...dan skrg kak long tengah struggle untuk menjadi doktor hafizah wanita dan manakala adik2..dgn cita2 masing yg tetapi wajib hafiz al-quran.


nasihat saya..kita sebagai ibu dan bapa mesti mencorakkan masa depan anak2 kita..jangan terlalu mengikut kehendak mereka atau apa yang mereka suka..kita mesti tegas..dan yg paling penting displin..sebab anak kita adalah hak kita...

****************************************************************************************************

Pn Hanita..hilang akal ke apa budak 8 9 tahun nak dihanta ke asrama..budak umur mcm tu apa yang diorang tahu..kalau sekadar rasa nak lepas tangan membesarkan anak-anak baik takyah beranak..tggu la umur diorang dah besar sikit mcm dah sekolah menengah ke baru la hanta sek berasrama..lagipun budak2 ni cepat membesar..dan budak2 kuat mengingat..tak takut ke pn hanita nt anak2 hanta kat rumah org2 tua walaupun pn hanita tak tua lagi..tak faham la nape org2 kita anta anak2 yang masih kecil berjauhan dari keluarga..tade perasaan ke mak bapak diorang ni terhadap anak2 yang duk berjauhan dan kecil lagi..sepatutnya mak bapak yang kena menjaga anak2 semasa diorang membesar ni tak memberikan anak2 kepada org lain untuk dijaga..tak mustahil akan datang rumah2 org akan bertambah sekiranya ramai org mcm pn hanita ni

****************************************************************************************************

Erk..maafkan saya mencelah.. Jika saya boleh memberi pendapat..rasanya pengirim asal niatnya utk jadikan anaknya penghafal quran jadi kurang wajarlah kot guna perkataan 'hilang akal' kepada dia.

Semua org sayang anak dan cara memberi kasih sayang adlh subjektif. Jika nk tinggalkan anak di asrama bukan b'maksud nk lepas tangan dr m'jaga anak. Sekiranya anak sendiri minat apa salahnya kita menggalak dan tunjukkan kita ibubapa yg caring,bukan yg jenis lepas tangan.

Maafkan saya kerana menegur sbb saya rasa tidak patut m'beri tekanan kpd org yg b'niat nk hantar anak belajar alquran dengan ayat begini. Sekiranya hendak menegur, pastikan ayat kita dpt diterima dgn baik.

Kpd yg b'tya, saya rasa nak m'hantar anak ke sekolah tahfiz adlh pengorbanan t'baik seorg ibubapa sbb bukan ramai yg nak anaknya begini sbb m'junjung tinggi alQuran sbg punca ilmu. Ramai yg sangka punca ilmu adlh dr barat sana.

Bila dia memiliki akhlak alquran, dia akan tau sama ada patut atau tidak dia m'hantar parentsnya ke pusat jagaan org tua atau tak..

Tapi saya mahu membuka sedikit pandangan puan. Kebanyakan sekolah tahfiz tidak m'beri tarbiah yg mantap kepada anak. Barangkali ini yang dikatakan oleh puteri rahman.

Saya pernah b'kunjung ke sebuah sekolah tahfiz dan ntah mengapa melihat adik2 hafizah di situ, saya blm terasa nk m'hantar anak ke situ. Barangkali jika ada sekolah lain yang saya ada good instinct ttgnya insya Allah..

Buat masa ni saya mengajar sendiri anak2 m'hafal dlm keadaan saya bukan seorang hafizah..mmg susah tp insya Allah Allah akan mudahkan saya dn puan2 

****************************************************************************************************

salam...

Mmg semua ibubapa hdkkn yg trbaik utk anak2 mrk dunia & akhirat..yg penting ibubapa itu tlh cuba sedaya upaya utk anak2 mrk dan seterusny berdoa, brtawakal & brserah kesejahteraan & kebahgiaan anakny kpd Allah Taala. Pendidikan & pengalaman itu la yg akan digunakn oleh anak2 sbg panduan & pedoman hidup selain Al-Quran.
Mmg akan ada 'pro & con' dlm setiap tindak-tanduk yg kita lakukn...insyallah klau niat kita baik pasti dirahmati Allah. Tapi kita jgn terus lupakn tanggungjwb kita sbg ibubapa pula, klau kita hantar anak2 ke sekolah agama, kita kenalah juga pantau dan awasi mrk. Jgnlah serahkn bulat2 pada sekolah tahfiz shj & klau anak2 tdk mnjadi senang pula nk salahkn pihak sekolah.
Kt mana pn klau kita hantar anak2 kita belajar kalau kita tdk pantau & awasi tak menjadi juga anak2 kita tu, walaupun sekolah yg mahal.

Kita harus cari & belajar pendidikan dunia dan wajib cari & belajar pendidikan akhirat. Buatlah yg trbaik utk anak2 kita...insyallah, Allah akan permudahkn.

wasalam

****************************************************************************************************

Salam semua,
Anak saya bersekolah di Pusat Tahfiz Intergrasi di Jln Dato Keramat, KL. Hantar setiap hari 7.30 pg - ambik 5.30 ptg. Ini tahun kedua dia bersekolah di situ. Dalm usia 7-8 tahun tu saya rasa x perlulah kita biarkan jauh dari keluarga, kerana inilah waktu dia membesar bersama kita. Lebih cepat dia menghafal tanpa gangguan emosi seperti rindukan keluarga dsbgnya. Lainlah kalau anak Puan Hanita telah dilatih dari kecil. Pada saya, lebih suka tengok anak membesar didepan mata sendiri... umur baru 8 tahun... kecik lagi tu..

****************************************************************************************************

Alhamdulillah dan syabas kerana ada niat hendak menghantar anak ke sekolah tahfiz. Sekadar hendak menambah kongsi pengalaman seperti yang dikongsi oleh saudara Ahmad. 
Baru baru ni saya telah menghantar anak sulong saya ke madrasah tahfiz. Hati saya tergerak untuk menghantar anak anak ke sekolah tahfiz  disebabkan beberapa perkara yang berlaku didalam kehidupan,

a. Yang pertama apabila saya mendengar seorang ustaz membaca hadith dimana Saidina Omar ra membaca Taurat dan muka Rasulullah saw merah padam bila dia tahu dan bersabda sekiranya Musa as berada pada masa ini dia pun akan ikut syariat yang aku bawa. Persoalan ustaz itu ialah Bagaimana perasaan nabi terhadap kita bila kita kurang ambik peduli quran dll bahagian dalam agama kita sedangkan Omar ra yang baca Taurat pun nabi merah mukanya. Hari ni kita sibuk dengan urusan dunia kita sampai lupa ilmu yang sebenar ialah ilmu agama dan ia akan ditanya di akhirat nanti. Samaada kita dapat 10 A etc dalam UPSR, SRP dan SPM ia tak ditanya cuma muamalat semasa belajar akan ditanya. 
b.Saya berjumpa dgn kawan kawan yang anak mereka telah menjadi hafiz dan alim. Selepas itu baru belajar SPM secara persendirian dan alhamdulillah dapat 9A etc. Sekarang sistem telah berubah dimana kita boleh ambil pelajaran spm etcbila bila masa. Saya berpendapat kita boleh ambil peluang ini utk belajar agama dahulu lepas tu baru ambil jurusan lain. Untuk kita yang dah terlanjur ni, pastikan anak anak tak ikut jejak kita. Biarlah mereka jadi anak anak yang engineer dan hafiz serta alim. Tambahan sekarang kita lihat ratusan ribu pemegang diploam, ijazah etc tak ada kerja.
c. Seorang pengerusi madrasah pernah menukilkan hadit, ibu bapalah yang membentuk anak anak samaada nak jadi islam, yahudi, majusi atau nasrani, Dia kata usia dari 1 tahun sampai 18 tahun adalah masa utk kita didik anak anak jadi orang yang beragama ISLAM. Jadi janganlah buang masa yang penting ini.

Walaubagaimanapun ada juga parent yang hantar anak anak belajar tahfiz dan SRP ,SPM serentak kalau rasa mampu bolehlah. 

Wallahualam

Suhaili Bin Sahari
Tel: 0133974740
email address: surosab161@gmail.com
http://suhailisahari.blogspot.com


****************************************************************************************************

terpulang pada individu..., sapa yg tak sayang anak..?? ada org yg tak dapat berpisah langsung dengan anak2 meskipun anak dah besar panjang dan ada org xkisah, bergantg pada latar belakang masing...! yg penting, klu letak anak kat asrama tu... jangan harap pada jagaan asrama 100%... selalu lah melawat/call/sms, ikuti perkembangannya... zaman dah berubah, kanak2 sekarang lebih cepat matang dan cabaran sekarang pun dah berubah... 

****************************************************************************************************

Sy pernah anta anak 7 thn ke asrama tahfiz di seksyen 32 shah Alan, Saya melawat tiap2 mlm utk ajar homework yg diberi. Memang kurang bagus anta anak USIA muda ke asrama. Paling baik semasa USIA 16 tahun okay la. Anak sy berada di sana selama 3 bulan je. .skrg Alhamdulillah da dpt masuk university bidang kejuruteraan. Saya tak menyesal pun anta dia tempohari , positive thinking   nya dia dpt pengalman . Klau diberi pilihan tak payahlah anta anak ke asrama trepang awal . Kita Cuma ada bbrp tahun je bersamanya sehingga dia masuk sekolah menengah @ masuk u then dia kawin Dan Ada keluarga sendiri.

****************************************************************************************************

salam.....

Kasar sungguh bahasa.... Mcm tak berapa setuju sikit dengan ayat pn puteri tu...Pada pandangan saya,tak salah kalau pn hanita nak hantar anak dia umur lingkungan 8 dan 9 tahun pergi belajar sekolah agama atau tahfiz sekalipun...Pernah dengar ayat ni tak??? Melentur buluh Biar dari Rebungnya... Anak2 baya mcm tu hati masih suci dan mudah menghafal...Nak melawan pun tak pandai lagi...Lagi pun zaman sekarang ni ramai jugak anak2 yang KURANG AJAR sebab kurang pendidikan agama...Bagus niat pn hanita tu....Anak yang ada pendidikan agama dia mesti tau hukum hakam...Pendidikan dunia akhirat sama penting..Bagus la 
kalau anak dibekalkan dengan didikan agama kalau tua dan mati sekalipun tanggungjawab pn hanita dah selsai,tu antara anak dia dan allah..Tapi jarang saya dengar anak yang di didik ngan agama buang mak bapak kat umah org2 tua...Selalunya yang buat macam tu anak2 moden zaman sekarang yang kurang agama...Mungkin dorg tak tau hukum...Hantar anak belajar sek berasrama bukan bermakna tak sayang anak,sebab sayang la tu nak bagi pendidikan yang sempurna untuk anak...Biar dorg pandai hidup berdikari dan belajar hidup susah...Anak kalau terlalu dimanjakan tu yang jadi mcm2 gejala sekarang ni...Alasan sebab sayang anak...Fikir fikirkan la.... Maaf ye pn puteri...Kalau pendapat saya ni tak berapa best untuk didengar...Untuk pn hanita teruskan niat suci pn tu...Rindu berjauhan tu perkara biasa,berjauhan untuk kebaikan kan bagus...

Maaf ye sekadar bagi pendapat...Biasa la manusia takde yang sempurna.. :)

****************************************************************************************************

Salam…anak adalah anugerah Allah pd kita ibu ayah mereka…Allah pinjamkan ank2 pd kita dlm keadaan suci bersih,,,spt kain putih…
Kita yg mencorakkan mrk…pilihlah corak yg macammana kita nak…

Pd cik puteri,,,puan Hanita patut dipuji dan disokong…kerana dia nak didik anaknya kearah agama….tahfiz lagie…
Itu yg agama tuntut…lagipun didikan fardhu ain pd ank2 adalah wajib atas tiap2 ibu bapa…tp kalau kita boleh didik sendiri,,,lagie lah baik..
Takyah anta asrama…

Hantar ank ke asrama utk didikan agama tidak spt hantar mrk kerumah org tua2…jauh beza tuu…kerana syglah kita sepatutnya buat sptmana puan Hasnita
nk buat tuu agar ank2 dpt didikan sebaik mungkin semoga bila kita tua nanti,,,ank2 boleh jaga kita sendiri,,tak spt ank2 org lain yg lebih suka
hantar mk ayah mrk kerumah org tua2…cuba cik puteri kaji betul2 siapakah penghuni kat rumah org tua2 tuu,,,kebanyakan ank2 mrk adalah yg berjaya,,,,
punyai jwtan yg tinggi…tapi tiada masa utk jaga mk ayah mrk…kerana apa..?? kerana kurangnya didikan agama…fikir2lah…

****************************************************************************************************

salam,
dari pengalaman sendiri.saya hantar dah 3 org anak ke indonesia pada umur 12 tahun.dua org telah balik satelah masing2 menghabiskan 6 tahun disana,seorang masih disana dan yg dua orang telah balik dan keduanya yg telah pulang sekarang di UIA.
bukan lepas tangan,tapi bayangkan quality time apbila merika balik cuti 1 bulan setiap 6bulan selama 6 tahun berbanding ada dirumah tapi jarang2 spent real time bersama.bayangkan pengalaman merika apbila tidak berkepit bawah ketiak saja.
dan merika menghargai penghantaran ketempat pendidikan yg bukan ayah ibu dapat jengah tiap2 minggu.nabi muhamad juga dihantar keluar kota untuk di didik.Dia juga disusukan olih pengasuh.jgn beranggapan org yg menghantar anak ke asrama pada usia muda itu utk melepaskan tanggung jawab mendidik ,lainlah kalau anak2 itu di campak tanpa kerelaan untuk diajar.klu diajar dan terdapat kekurangan dia akan jadi kurang ajar,tapi klu naiwaitu untuk mendidik,maka terdidiklah dia.klu takut merika balas dgn hantar kerumah org tua apbila kita tua,pada saya itu pemikiran cetek.

****************************************************************************************************

Pn hanita, pada pendapat saya, puan perlu menyelidik syllabus sekolah tahfiz yg puan ingin hantar itu.jika puan rasa ia menepati objektif dan matlamat puan.....mgkin puan boleh mghantar ke sekolah tersebut. dlm membuat keputusan,kita perlu realistik. 
saya juga seorg ibu kepada seorg anak perempuan yg berusia 4 thn.saya juga seperti puan,mgharapkan yg terbaik untuk anak yg paling disayangi. saya lebih percaya,didikan dari ibubapa lebih penting dr didikan di sekolah.sbg seorg yg pernah menjadi guru,saya berpendapat bahawa syllabus di sekolah gagal membantu dlm proses pembentukan rohani anak2. oleh itu,saya juga sdg mgkaji sekolah2 agama swasta yg boleh mmberikan pendidikan AGAMA dan AKADEMIK yg baik. namun saya berpendapat...peringkat sekolah rendah,pelajar belum sesuai tinggal di asrama.pd waktu ini,biarlah kita mendidik sebaik2nya dan menunjuk ajar mereka.
Jadi pada pendapat saya, jika matlamat puan mmg mengharap anak puan menjadi "seseorang" dalam bidang agama,dan syllabus sekolah tahfiz tersebut menepati matlamat tersebut,maka mgkin puan boleh cuba menghantar ke sekolah tersebut.

****************************************************************************************************

Salam…..
Pada pendapat saya tak perlulah hantar anak yang masih kecil ke sekolah berasrama, nanti ada masalah kekurangan kasih sayang…  ini megikut pengalaman sya sendiri semasa kecil sudah berjauhan dengan keluarga hingga ke sekolah menengah juga berasrama rasanya banyak yang buruk dari yang baik….

****************************************************************************************************

Saya terpanggil untuk sharing pengalaman saya selaku seorang ibu yang hanya ada seorang anak lelaki tunggal yang bersekolah tahfiz, moga ianya bermenafaat hendaknya.amen
 
Selama ini saya amat teringin anak saya bersekolah tahfiz. alhamdulillah cita-cita saya dimakbulkan allah jua. Anak saya telah bersekolah hampir 4 buah sekolah tahfiz disepanjang persekolahan tahfiznya sehingga kini..macam-macam cerita dan pelbagai rasa disepanjang masa 4 buah persekolahan tersebut. Namun saya anggap ianya sebahagian 
daripada asam garam perjalanan hidup saya selaku hamba Allah yang pasrah dengan takdirnya. Alhamdulillah disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan dapat merumuskan beberapa perkara disepanjang pengamatan dan pengalaman saya moga ada hikmah untuk diambil iktibarnya insyallah. 
 
Pertama , eluk sangat anak-anak masuk belajar sekolah tahfiz dikala usia mereka masih muda. Kerana disaat itu mereka sangat bersih fitrahnya belum tercemar lagi. Berdasarkan  mengikut fakta sains anak kecil dari bayi sehingga 9 tahun mereka cepat merakam  apa saja dan terpahat diminda sehingga mereka dewasa. Seringkali kita baca apa yang diperolehi semasa usia-usia krital tersebut akan membentuk perwatakan mereka semasa dewasa. Saya yakin anak saya akan memberontak jika saya menghantar nya dikala beliau dah remaja. Kerana dikala itu kepalanya dah penuh dengan macam-macam idea, dan dadanya penuh dengan macam-macam rasa justeru itu amatlah payah serta zalim untuk meletakkannya dalam situasi terpaksa dan amat tidak selesa. 
 
Alhamdulillah anak saya walaupun balik sebulan sekali , tetapi setiap kali pulang kami akan menghabiskan masa kualiti yang amat manis. Beliau kerap kali memeluk saya dan mencium tangan meminta maaf jika terkasar atau lambat mengikut arahan saya. Anak saya amat berdisplin samada dalam solatnya atau menerima arahan atau tindakan susulannya.  Saya nampak jiwanya semakin halus dari masa kesemasa dan kami menikmati hubungan yang sangat indah serta harmoni, walaupun jarang berjumpa ..saya yakin semuanya berlaku kerana apabila kita JAGA ALLAH maka ALLAH akan JAGA kita. Saya bersyukur tindakan saya menghantarnya kesekolah tahfiz dimasa usia mudanya memang tidak sia-sia dan saya tidak pernah menyesal.  
 
kedua: disepanjang  saya hantar anak saya ke sekolah tahfiz , anak saya telah hampir keluar masuk 4  buah sekolah tahfiz daripada sekolah yang besar dan ramai pelajar-pelajarnya sehinggalah sekolah tahfiz yang kecil yang sedikit pelajar-pelajarnya.  Apa yang saya pelajari daripada pengalaman bertukar-tukar sekolah tahfiz ini,maka eluklah masukkan anak  kesekolah tahfiz yang tidak ramai pelajar-pelajarnya agar mudah dimonitor akhlaknya serta lebih fokus pembelajarannya.Guru-guru pula akan lebih bertanggungjawab daripada biasa berbanding dari sekolah yang ramai pelajar-pelajarnya.Dalam perihal tukar menukar sekolah ini , telah banyak kali air mata saya tumpah dan saya perlu bersolat istikaharah untuk memilih sekolah yang sesuai untuk anak saya.Terkejut sangat-sangat bila saya dapati ada kes mencuri , membuli , merokok dlln. Memang aneh juga kadang-kadang saya rasa; kerana sekolah-sekolah tersebut adalah merupakan sekolah tahfiz tetapi rupa-rupanya ianya belum tentu sesuai untuk anak saya.  
 
Ketiga: kepada para ibu bapa semasa menghantar anak-anak sekolah tahfiz perlu sentiasa menanamkan nawaitu yang jelas serta apa tujuan  bersekolah tahfiz kepada anak-anak kita. ini amat benar-benar membantu anak-anak untuk mereka sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi cubaan ujian serta cabaran untuk belajar AlQuran serta menghafalnya..Mereka perlu difahamkan bahawa tujuan mereka belajar serta menghafal quran demi kerana CINTA kepada ALLAH dan bukannya terpaksa atau dipaksa. Apabila niat mereka jelas maka mereka akan bersungguh-sungguh walaupun payah dan susah serta besar cubaan dan dugaannya. Mereka perlu merasakan tanggungjawab yang digalas amat istimewa dan besar pemaknaannya selaku hamba allah.  
 
Saya kerapkali menegaskan kepada anak saya bahawa belajar atas dasar cinta kepada Allah bukan terpaksa atau niat-niat yang lain. Dia sepatutnya bangga kerana berusaha menghafal ayat-ayat Allah tuhan yang menciptanya sebelum beliau mempelajari ilmu dunia yang lain-lain.(Cita-cita anak saya selepas habis hafal quran adalah untuk belajar hingga boleh menjadi Pilot katanya.)
 
Anak saya diperengkat awal-awalan bersekolah  kerap kali mengeluh betapa beratnya tanggungjawabnya dan tak tahan dengan suasana persekolahannya dan rakan-rakannya  namun  apabila saya mengingatkan agar berbuatlah dan berperananlah dengan berlandaskan atas dasar Cinta kepada Illahi , dia kelihatan amat lega dan tidak pernah merungut lagi seolah-olah telah mendapat jawapan akan keseluruhan permasalahannya .
 
Setiap kali menjemputnya pulang dari sekolah ,saya kerap memeluknya dan menyatakan rasa bangga saya yang beliau sedang berusaha menjalankan tanggungjawab yang sangat istimewa selaku hamba Allah dikala ramai yang meremehkan. Alhamdulillah saya nampak banyak perubahan demi perubahan anak saya dan beliau nampak bermotivasi apabila tujuan belajarnya amat jelas halatujunya . 
 
Anak saya amat berusaha untuk belajar bersunguh-sungguh walaupun serba payah kerana agak kurang daya ingatan hafalannya namun saya tidak sesekali memaksanya atau menekannya kerana saya ingin dia buat atas dasar cinta kepada Allah bukan dipaksa. Saya tidak pernah memaksanya untuk menjadi sempurna tetapi  alhamdulillah anak saya amat peka dan prihatin akan adabnya selaku murid serta berakhlak yang sangat lunak selaku anak kepada ibunya . Saya yakin semuanya itu terjadi apabila dia bersiap sedia meletakkan Allah sebagai matlamat hidupnya mengatasi segala-galanya
 
Kini anak saya setelah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan  dan masih panjang perjalanannya untuk menghabiskan hafalannya .suatu hari ,hati saya amat terharu dan terhibur apabila pada cuti sekolah yang lepas beliau tiba-tiba dengan senyuman manisnya berkata.."terima kasih ummi kerana hantar ke sekolah tahfiz". 
 
Ribuan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan anak saya disepanjang persekolahannya . Semoga Allah merahmati kalian serta memudahkan perjalanan hidup untuk menjadi hamba allah yang terbaik didunia dan akhirat jua. Amen
 
 Semoga coretan luahan hati saya ini memberi menafaat jua buat ibu-ibu yang berhasrat untuk menghantar anak mereka kesekolah tahfiz. Apa yang baik daripadanya adalah dari Allah jua dan yang tidak baik adalah dari diri saya sendiri.Kepada Allah jua saya memohon pengampunan Wallahualam.    
Salam rahmatan Fil Alamin
Maryam Jamelah
 
****************************************************************************************************

Salam,

sebenarnya, sekarang ni, dah banyak sekolah agama menyediakan pengajian tahfiz. mereka masih belajar subjek akademik seperti kementerian. dlm pd masa yg sama, menyediakan subjek diniyyah dan terlibat dgn peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM). cuma sekolah seperti ini, pelajar akan habis menghafaz dlm tempoh yg sangat lama berbanding sekolah pengajian tahfiz.

pada saya, lebih baik pn hanita menghantar anak ke sekolah seperti ini. tidak perlu hantar mereka ke sekolah berasrama kerana mereka masih terlalu kecil dan sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang puan.

semangat puan utk memastikan anak2 mendapat pendidikan agama yg sempurna memang patut dipuji. itulah yg sepatutnya setiap ibubapa lakukan terhadap anak2 mereka. namun, tindakan menghantar mereka ke asrama pd usia terlalu muda, bukan tindakan yg bijak. sebab tu la, susah nak cari sekolah2 seperti itu.

jika puan rasa sekolah agama + tahfiz yg biasa menggunakan modul tahfiz yg trlalu lambat selesai, saya cadangkan, pn bantu anak2 puan sendiri dalam pengajian tahfiz. tidak mengapa jika puan, kurang mahir dalam hukum tajwid dan makhrajnya. hal itu, biar guru2 tahfiz di sekolah itu yang perbetulkan semula.

biasanya pelajar sekolah yg tak sepenuhnya tahfiz seperti ini mungkin menghafaz 2 - 10 ayat satu hari (tu yg lambat nak habis!). oleh itu, puan sendiri bantu anak2 menghafaz dgn lebih byk sehari. itu kalau puan sendiri boleh mengaji Qur'an. kalau tak pun, puan upah mana2 ustaz tahfiz mengajar di rumah.

kat rumah pula, biasakan memasang ayat2 Qur'an. contohnya, satu surah (terutama surah yg mereka sedang hafal) dalam masa seminggu ke dua minggu. biar mereka dengar selalu sambil mereka bermain atau santai di rumah. ini boleh dilakukan sejak kecil. sekarang ni, banyak je radio yg boleh dipasang usb. guna pendrive jer.masuk satu surah panjang atau 2 - 5 surah pendek dlm pendrive tu.pasangkan lagunya selalu.

semoga, usaha pn hanita dipermudahkan dan diberkati ALLAH SWT. 

****************************************************************************************************

Salam.  Pada pendapat n pengalaman saya adalah lebih baik hantar anak diusia muda2 begini.  Barulah betul cara kita mendidik anak.  Mulakan dgn Al Quran lepas tu barula ceburi  bidang2 lain yg seperti diimpikan. Lagipun sekolah2 tahfiz skrg dah ada ajar akedamik walaupun tidak sehebat sekolah biasa.  Pada pengalaman saya kalau nak masukkan anak2 ke tahfiz pada usia belasan thn agak susah kerana mereka telah byk mengenali DUNIA jadi berat sikit la nak masuk tahfiz. Tapi yg penting puan n husband kena banyak beri sokongan kpd mereka utk menghabiskn pengajian tahfz mereka hingga berjaya...jgn sekerat jln saja kerana kita akan hanya membazirkn masa mereka...wallahuaallamm...


****************************************************************************************************

ASSALAMUALAIKUM kepada semua sahabat SIM.
Saya terpanggil juga memberi pandangan kepada cadangan Pn Hanita. Syukur alhamdulillah masih ada yang sanggup berkorban 'perasaan' demi agama. Namun saya harap Pn Hanita mengkaji latarbelakang sekolah yang ingin Pn. amanatkan itu. Semasa saya tinggal di sekitar Bangi dan Putrajaya, rumah saya sering dikunjungi anak-anak dari sekolah Tahafiz setiap kali hujung minggu. Mereka datang membawa buku-buku agama atau kalendar Islam untuk dijual. Kutipan derma katanya... Cikgu /driver van menghantar mereka beramai2 di kawasan perumahan dan mengutip mereka pada waktu petang... Saya sangat tidak bersetuju, jika sekolah menggunakan pelanggannya (anak2 muridnya) untuk mendapatkan dana bagi keperluan sekolah. Ibu bapa mengamanatkan anak2 untuk dididik apa yang terkandung dalam sukatan pelajarannya (syllabus). Tidak ada alasan mengarahkan anak2 ini mengutip derma bagi tujuan pendidikan... Anak2 yang datang ke rumah saya itu kadang2 basah kuyup oleh peluh dan apa tah lagi tatkala hari hujan...  Bila saya mengajaknya masuk dan memberi minuman mereka amat ketakutan.. "nanti cikgu marah" katanya.. tapi anak yang semuda itu (lingkungan 8 ke 11 tahun) kita dapat melihat riak wajahnya yang sangat telus... jika lapar dan dahaga tidak dapat disembunyikan. Saya sering menemuramah anak2 ini dan bertanyakan aktiviti mereka di sekolah tahafiz tu.. sebab saya juga mempunyai anak2 sebaya mereka, dan berminat juga mendidik anak menjadi Al Hafiz dan Hafizah. Namun mendengar cerita anak2 ini saya menjadi amat curiga. Tidak diafikan ada sekolah yang baik.. sebab itu saya berpandagan Pn. Hanita mengkaji latar belankang sekolah itu. Takut anak kita sibuk ke sana  ke mari mencari wang hujung minggu.... tidak ubah seperti peminta sedekah. Sedangkan kita sudah membayar yuran sekolah dan menyediakan keperluannya di sekolah. Mohon maaf jika pandangan saya menyakitkan mana-mana pihak. Sekadar memberi pandangan....

****************************************************************************************************

Assalamualaikum warahmatullah.

hasrat tu dah baik tapi mungkin masih tak telitik. anak semuda itu perlu bimbingan dan kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa. masa ni lah ibu bapa kena disiplinkan anak. ajar anak tentang akhlak, tentang susila, masa ni lah  juga kita bentuk sikap, bentuk amal... dan juga bentuk pertalian/perhubungan yang betul antara anak dan keluarga. ... ajar mereka hidup secara normal . sebagaimana yang mereka akan hadapi dimasa depan mereka (bila dah dewasa dan berumah tangga)

usia sebegini juga adalah usia mereka belajar berdikari, belajar urus diri sendiri dengan baik dan membentuk dirii dengan sikap, amalan dan "world view" yang tepat.

sapa nak tunjukkan dan ajar tu semua?
sapa nak hukum kalau meraka buat salah? sapa nak puji kalau mereka melakukan sesuatu yang baik... (guru?  atau ibu bapa kakak abang,nenek dato.....)

saranan saya. ..  masukkan anak tu dalam sekolah rendah islam (swasta munkinya) yang ada program KBSR dan juga mata pelajaran islam yang mencukupi, pembacaan quran, dan pendidikan amal serta pembentukan akhlak..  ia memudahkan kita untuk prepare anak tu berdikari bila kita  hantar mereka ke maahad tahfiz.

lepas upsr boleh lah mereka pegi..  kalau tak pun masuk lah maahad lepas PMR.

pengalaman saya menunjukkan bahawa yang masuk maahad tafiz selepas PMR (dengan kehendak sendiri) lebih berjaya menghabiskan hafazan 30 juzuk dan kendianya mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm kendianya..

kalau nak anak kita dalam aliran agama, cara yang paling pantas ialah. sekolah rendah islam, ambik upsr, sekolah menengah islam ambik pmr masuk tahfiz 2 tahun kendian masuk tingkatan 4 dan ambik spm. lepas tu ambil STAM (cari sekolah yang buat program STAM setahun) lepas tu pegi lah mesir, jordan, moroko.. yaman... belajarlah sampai PHD...

barulah . menjadi utz yagn berwibawa dan boleh berperanan besar dimalaysia.

bila di maahad tahfiz. peraturan yang ada adalah peraturan sekolah. pengajar tak dapat sepenunya melihat adab berkeluarga, cara pergaulan keluarga, interaksi dengan masyarakat.

****************************************************************************************************




****************************************************************************************************




****************************************************************************************************