Hakikat sebenar kepada taubat bukan merujuk kepada solat sunat tersebut. Tapi solat sunat tersebut adalah digalakkan. Taubat yang sebenar-benarnya adalah taubat nasuha.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskan dosa kamu) dengan “taubat nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.”

(Surah At-Tahrim,ayat 8)
Taubat itu merupakan proses pembersihan diri dari segala bentuk maksiat supaya menuju kehidupan yang jernih tanpa dosa. Taubat itu merupakan daya penggerak dalaman pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan lebih bermakna. Taubat itu juga adalah jalan keluar bagi orang yang kehilangan arah, tercari-cari jalan yang mana hendak dituju setelah tersesat kerana bergelumang dengan dosa, jalan yang berisi harapan yang mengembalikan kepercayaan kepada diri sendiri betapa kasih, rahmat dan ampunan Allah kepada hambaNya amat luas dan tidak terbatas.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Az-Zumar, ayat 53)
Taubat itu bukan hanya sekadar mengucapkan dengan lidah kalimat istighfar yakni “aku meminta ampun kepada Allah”, sedang hati tidak pernah menyesal, tidak mahu berjanji untuk menjauhkan diri dari maksiat. Para ulama telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa syarat taubat yang mesti dipenuhi. Sesuatu taubat itu tidak dianggap sempurna kecuali dengan memenuhi syarat berikut:
- Menyesali terhadap dosa yang dilakukan
- Berhenti melakukan perbuatan salah tersebut
- Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
- Jika kita melakukan dosa kesalahan kepada manusia kita wajib meminta maaf daripada manusia yang dilakukan kesalahan kepadanya.
Galakan untuk melakukan solat sunat taubat selepas bertaubat. Ulama' bersepakat yang solat sunat taubat adalah "sunat"...dalilnya:
Daripada Abu Bakar RA katanya : Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba itu melakukan suatu dosa, lalu dia mengelokkan bersucinya (berwuduk) kemudian dia berdiri dan bersolat dua rakaat, kemudian dia beristighfar kepada Allah, melainkan Allah akan mengampunkan dosanya”.
Kemudian baginda membaca ayat ini: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. [HR Abu Dawud]
** ayat yg dibaca berkenaan adalah dr surah Ali Imran: ayat 135
Maha Suci Allah; Tuhan yang Maha Pengampun...
Kaifiatnya solat sunat taubat:
=> Seperti solat2 sunat yg lain. 2 rakaat.
=> Digalakkan membaca surah Ali Imran:135; namun jika tidak, bacalah apapaun surah lain.
Banyakkan beristighfar selepas itu.Moga implementasi kepada taubat dengan solat sunat membawa kepada sebenar2 taubat. InsyaAllah..
Hadis Kudsi:
Daripada Abu Said Al-Khudri ra; katanya: 'Aku mendengar Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Iblis berkata kepada Tuhannya:'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di jasad mereka'. Allah menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku'".
Sesungguhnya Dia Al-Ghoffar..
WaAllahua'lam..

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Kredit to : syazwani_09@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment