Monday, December 19, 2011

Dakwah Perlu Berhikmah


Dakwah Perlu Berhikmah

  | Arif Putera | Editor: doraemong13

alt

Da'ie muda sekarang agak menyakitkan hati, sebagai da'ie haruslah bijak menangani masalah dan perkara buruk yang berlaku pada keadaan di sekeliling.
Kadang-kadang mulut cabul benar nasihat orang, bagaimanalah orang hendak lembut hati terima teguran.
Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan. Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka.
Setengah kita sakit hati melihat orang yang suka berperangai 'gedik', 'bajet' dan 'menunjuk-nunjuk', selepas itu mulalah rasa hendak marah dan kutuk belakang-belakang, yang baik sikit ada pula yang tawarkan diri untuk menegur, tapi bila sudah ditegur macam buat tak tahu sahaja. Apalagi menyiraplah seluruh badan marah kepada dia!
Aduh, aduh, aduh, perlu KESABARAN! Mana ada orang boleh berubah sekelip mata, perubahan perlu 'step by step'.
Teguran pertama, mereka akan berfikir "Aku buat salah ke?". Jadi pada teguran pertama seseorang itu belum lagi mengalami proses penerimaan teguran. Mereka sedang mencari mana yang silap pada diri mereka.
Selalunya ego akan menguasai diri (tidak kira lelaki atau perempuan) dan mereka akan mencari jalan membela diri yang diri mereka tak salah.
Kita sebagai da'ie harus terima pendapat mereka dan cuba menerima sifat atau tabiat diri mereka yang sukar diubah, namun dalam senyap kita terangkan tabiatnya yang perlu diperbaiki!


Sebagai contoh :
01. Kalau orang suka bergurau secara melampau (sakitkan hati orang) dengan berpendapat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Apakah harus dibuat?
Katakan bahawa betul bergurau itu mengeratkan silaturrahim, tetapi setiap perkara ada baik dan buruknya kerana Allah menjadikan sesuatu benda memang ada sudut yang baik dan sudut yang buruk.
Dan antara semua perkara yang paling baik, adalah yang di tengah-tengah. Selepas itu, bagilah keterangan apa yang buruknya tentang bergurau secara melampau.
Tapi janganlah harap dengan sekali sahaja anda tegur mereka akan berubah, anda harus bersabar dan sentiasa mengingatinya.
Dalam proses menegur sekali lagi (mengingatkan mereka ketika buat salah), haruslah pandai mengambil hati mereka dengan memuji perbuatan baik yang mereka lakukan, dengan itu mereka akan rasa dihargai.
Boleh juga puji akan perubahan yang kita nampak pada diri mereka walaupun sedikit. Ketika itu juga kaitkan dengan prinsip akhlak agar mereka berminat dan tertarik dengan ciri seorang muslim sebenar sedikit demi sedikit.


Contoh lain :
02. Ketika kita melihat mereka sudah reda sedikit daripada bergurau secara melampau dengan kutuk-kutuk orang, Apa perlu kita buat?
Pujilah mereka, "Alhamdulillah, kan elok macam itu, tidaklah orang sakit hati, bahkan geli hati lagi dengan gurauan kamu, tidak macam dahulu, ada sahaja orang kutuk-kutuk kamu di belakang sebab tidak puas hati dengan kamu, kalau kamu buat lawak tidak jadi pun tidak mengapa, yang penting kita jaga 'hablumminallah' beserta 'hablumminannas'. Tidaklah tambah musuh, Allah pun suka!"
Lebih kurang begitulah, ikutlah ayat yang biasa kita guna sehari-hari, yang atas ini cuma contoh sahaja.
Apabila kita sudah rapat dan sentiasa ambil berat tentangnya, pada masa yang sama mereka akan sedar bahawa apa yang kita nasihat dan tegur adalah untuk kebaikan dirinya. Mereka akan fikir kembali untuk menjadi yang lebih baik dan cuba buang tabiat buruk mereka.
Yang penting, kita sebagai da'ie kena bagi sokongan, bukan tomahan kalau dakwah kita tidak berkesan. Kerana sebenarnya kesannya pada hati mereka bukan kelakuan, nafsu dan akal sedang berperang.Click to join TemanHidup
Mereka ini ada effort tetapi belum cukup kekuatan. Kita sebagai da'ie yang penyayang dan prihatin haruslah mendoakannya sentiasa dan memahaminya.
Tulisan ini hanya menunjukkan cara dakwah yang umum atau asas kerana setiap lorong dakwah mempunyai orang dan situasi yang berbeza. Jadi cara dakwah tidak boleh serupa sahaja.
Adakala perlu tegas, adakala perlu lembut. Tapi pastikan tegur bukan kerana marah dengan mereka. Marah dengan sikap mereka itu betul, tetapi sertakan kasih dan sayang pada diri mereka, agar mereka faham betul-betul niat kita.
Pandangan orang sekarang pada para da'ie 'poyo', 'bajet alim', 'perasan diri dia je betul', sakit hati kerana macam diri orang itu sahaja yang salah.
Maka para da'ie bersikap adillah dan jadilah qudwah hasanah.

No comments: