Wednesday, September 28, 2011

Nasi putih cantik berseri



Sesetengah beras apabila dimasak menjadi perang dan kelihatan kurang menyelerakan.Bagi mengelakkannya, masukkan sesudu kecil perahan limau nipis bagi setiap satu pot beras yang dimasak. Nasi akan menjadi lebih putih malah lebih enak.

Wednesday, September 21, 2011

Petua buang hamis pada daging kambing



Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum .

Wednesday, September 14, 2011

Petua pilih durian yang bagus


Durian memang terkenal dengan gelaran sebagai raja buah kerana rasanya yang enak. Walaubagaimanapun, kita pasti berdepan dengan masalah untuk memilih durian yang masak dan sedap. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu memilih durian yang mempunyai dui tajam dan jarang. Selain itu, jika tangkai durian yang dihiris berwarna kuning, ini menandakan isinya masak. Sebaliknya elakkan memilih tangkai berwarna putih kerana isinya belum masak malah ada kalanya busuk. 

Wednesday, September 7, 2011

Petua kurangkan pedas cili




Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahaja tampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jika hendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan

Tuesday, September 6, 2011

Awas Stress : Penyebab Penyakit Tidak Sembuh





Pernah sakit kepala, pening, atau rasa sengal di seluruh badan, perut memulas mulas, nafsu makan berkurang? Pergi ke pusat kesihatan, ke dokter, atau ke hospital, tetapi tak sembuh juga? Hati hati, mungkin kita sedang tertekan alias stress berat. Jika dibiarkan tekanan fikiran ini boleh mengganggu jiwa.
"Kadang sering dokter atau petugas perubatan di pusat kesihaan beberapa kali menerima pasien dengan penyakit yang sama. Obat sudah berulang kali diberikan tetapi tidak juga sembuh. Saat itulah, petugas perubatan biasanya akan mengajak pasien berkonsultasi. Mulai dari masalah penyakit sampai kemungkinan adanya masalah lain yang membebani pasien," kata Ketua Pusat Kesihatan Hakim Siregar, Minggu (9/1/2010).
Dengan membuka konsultasi kejiwaan langsung dengan pasien, diharap warga boleh menyadari persoalan dasar yang menyebabkan tubuhnya sakit sakitan. Kesembuhan pun boleh dicapai dengan konseling kejiwaan dan obat untuk badan atau fisik.
Hal senada diungkapkan pakar psikology Universitas Indonesia Hamdi Muluk. Menurut Hamdi, ketiadaan orang lain terutama orang terdekat yang boleh diajak berkomunikasi. Akibatnya, sering orang merasa sendirian. "Ketika ada masalah, merasa tidak ada jalan keluar dan terkadang pilihan terburuk lari dari masalah adalah dengan bunuh diri," kata Hamdi.
Oleh karena itu, akan lebih baik ketika setiap orang yang merasa sangat tertekan terimpit masalah besar, dipersilakan cepat mendapatkan nasihat pakar psikology untuk konseling. Seseorang yang memiliki anggota keluarga, termasuk teman dekat dan anak buah, yang tiba tiba jadi pemurung, putus asa, menyendiri, juga sebaiknya mendorong mereka agar mahu melakukan konseling. Sekedar luahan perasaan menumpahkan isi hati sudah amat menolong mereka yang tertekan dan putus asa.
http://health.kompas.com/read/2011/01/09/2221524/Sakit.Tidak.Kunjung.Sembuh..Awas.Gangguan.Kejiwaan

Monday, September 5, 2011

After 20 Years


A woman awakes during the night to find that her husband was not in their bed.

She puts on her robe and goes downstairs to look for him.  She finds him sitting at the kitchen table with a hot cup of coffee.

He appears to be in deep thought, just staring at the wall.

She watches as he wipes a tear from his eye and takes a sip of his coffee.

"What's the matter, dear?" she whispers as she steps into the room.

"Why are you down here at this time of night?"

The husband looks up from his coffee.

"Do you remember twenty years ago when we were dating, and you were only 16?" he asks solemnly.

"Yes, I do," she replies.

The husband paused. The words were not coming easily.

"Do you remember when your father caught us in the back   seat of my car?"

"Yes, I remember" said the wife, lowering herself into a chair beside him.

The husband continued. "Do you remember when he shoved the shotgun in my face and said,

"Either you marry my daughter, or I will send you to jail for twenty years?"

"I remember that, too" she replied softly.

He wiped another tear from his cheek and said, "I would have been out of jail today and a free man!"  
p/s: Whatever you want to do, do it right.  


Ketahuilah bahwa seorang suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga, bagi isteri, juga bagi anak-anaknya, karena Allah telah menjadikannya sebagai pemimpin. Allah memberi keutamaan bagi laki-laki yang lebih besar daripada wanita, karena dialah yang berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya. Dan Allah Ta’ala berfirman:
*
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” [An-Nisaa' : 34]
Oleh karena itu, suami mempunyai hak atas isterinya yang harus senantiasa dipelihara, ditaati dan ditunaikan oleh isteri dengan baik yang dengan itu ia akan masuk Surga.
Masing-masing dari suami maupun isteri memiliki hak dan kewajiban, namun suami mempunyai kelebihan atas isterinya. Allah Ta’ala berfirman:
“Artinya : Dan mereka (para wanita) memiliki hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang pantas. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [Al-Baqarah : 228]

Sunday, September 4, 2011

Kelayakan Pengeluaran KWSP Untuk Rumah Ke 2

Soalan :


Kepada sahabat semua,

Saya confius dengan status kelayakan pengeluaran akaun 2 KWSP, harap sahabat semua dpt mbantu memberi jawapan dan pendapat.

Situasi ;
Sy membeli sebuah rmh yg sudah siap atas tangan org, loan semua sudah approve. Loan atas nama bersama, saya dan isteri. Atas nama isteri ada pinjaman rmh dan prnh mbuat pengeluaran KWSP. Sy tlh btanya (by phone) dgn cust service KWSP ttg status pengeluaran utk rmh ke 2, jwpan yg diberikan x blh kecuali mbuat pengurangan pinjaman rmh pertama. Akan tetapi sy btanyakn situasi yg sy hadapi dgn kekwn yg mbeli rmh kali ke 2 dan ada yg ckp blh dan ada yg ckp x blh.

Kalau x blh, kenapa? Ada x cara lain?
Kalau blh, mcm mana?

Sekian, terima kasih
Jasa anda amat dihargai 





************************************************************************


Jawapan : 



Berikut cara-cara nak keluarkan dui KWSP bagi rumah ke-2 secara umum yg kitorang lalui dan mungkin boleh dibuat rujukan.Untuk pengeluaran kali ke-2 rumah yg pertama perlu dijual dulu melainkan kita tak pernah keluar duit KWSP.
Dokumen yg diperlukan sebagai bukti penjualan rumah pertama adalah S&P penjualan rumah pertama dan Deed of Assignment (ikut jenis property).
Dokumen pembelian rumah ke-2 yg diperlukan adalah S&P pembelian rumah ke-2,dokumen carian Hakmilik asal rumah ,surat consent dari Pejabat Tanah (biasa ni yg lambat).
Dokumen lain adalah sijil nikah (untuk pengeluaran bersama pasangan yg berkahwin),borang pengeluaran rumah KWSP,salinan IC,Letter Offer dari Bank.
Semua dokumen perlu dibuat 2 salinan sebab melibatkan dua individu.Setiap dokumen yg tak de original copy perlu dapatkan Certified Thru Copy atau dipanggil CTC.Contoh dokumen yg perlu CTC S&P jualan rumah pertama,Deed of Assignment,surat consent dari PT.
Dokumen yg diperlukan ada yg bergantung kepada jenis pemilikan samada Freehold atau LeaseHold dan title  samaada master title,strata title atau individu title.
Ok.Lepas dah dapat Surat Consent dari PT kitorang terus pergi KWSP HQ.Memang senang berurusan di KWSP HQ.Kaunter banyak.Tak sesak.Kurang dari 20 minit semua dah settle.Duit akan masuk terus dalam akaun bank dalam 2-3 minggu.


************************************************************************
pengeluaran duit kwsp untuk rumah ke-2 memang x boleh.  saya pun pernah bertanyakan perkara yang sama di kaunter kwsp.  yang boleh hanya pengeluaran akaun ke2 untuk pengurangan loan bank bagi rumah tersebut.

namun begitu, kalau rumah tersebut telah dijual dan pembelian rumah lain pula, maka tuan boleh membuat pengeluaran wang kwsp dengan membawa salinan/dokumen yang diperlukan.

itu mengikut pengalaman sayalah. walau apa pun, elaklah tuan merujuk terus kepada pegawai kwsp yang lebih arif. 



************************************************************************



pengeluaran utk rumah ke 2,boleh...saya sendiri baru saja buat proses itu..cuma caranya berbeza dgn pengeluaran utk rumah yg pertama.utk pengeluaran yg kedua ni,ia adalah hanya utk pembayaran ansuran bulanan sahaja dibenarkan..,,minimun 5@6 bulan..contohnya,bulanan ansuran rumah kedua tu rm300.jadi baki akaun 2 encik mestilah mempunyai jumlah yang mencukupi bagi menampung bayaran ansuran itu..jika wang dlm akaun 2 x mencukupi,maka,encik tidak layak utk buat pengeluaran kali ke 2 ini..dan sekiranya lulus,setiap bulan kwsp akan memasukkan Rm300 itu kedalam akaun encik sendiri pada setiap bulan sepanjang tempoh itu..(5@6 bulan)
itu sahaja lah yg dapat saya terangkan..




************************************************************************



saya rasa jawapan yang diberikan KWSP bermaksud, "untuk isteri, hanya boleh digunakan untuk mengurangkan pinjaman rumah pertama. Untuk rumah kedua, tak boleh."

Oleh kerana saudara pun dah beli rumah kedua, saudara hanya boleh guna duit kwsp saudara untuk rumah ke2 tersebut. Duit isteri hanya boleh digunakan untuk mengurangkan pinjaman rumah pertama. Pinjaman tak kisah isteri bayar untuk ke-dua2 rumah, asalkan tak lebih limit.
Begitulah apa yang saya faham.




************************************************************************


Betul spt apa yang En Hairuddin tulis. Syaratnya ialah rumah pertama mesti sudah dijualdgn bukti2 penjualan seperti S&P dan tukarmilik rumah. Saya pun sudah beberapa kali membuat pengeluaran utk rumah kedua untuk mengurangkan baki pinjaman sama ada secara lump sum atau pun secara bulanan. Jika semua dokumen yang diperlukan sudah cukup, memang cepat betul proses pengeluaran oleh KWSP sekarang ni. Saya boleh puji KWSP sekarang... efisien.

New kid on the blog;
http://abuamama.blogspot.com/



************************************************************************


Memang benar saya pernah berurusan dgn kwsp untuk pengeluaran rumah pertama,khamis hantar dokumen lengkap,isnin dah masuk duit,cuma perlu 2hari bekerja sahaja..yg masih lambat walau dah trim masa adalah pejabat tanah dan pejabat pusaka,ni badan2 yg perlu byk lagi komplen untuk lebih cepat,dulu kwsp pun lambat gak,bila komplen pandai jawab kononnya mereka berurusan beribu2 kes sehari  mestilah lambat dan macam2 alasan,tapi lepas diambil alih oleh bos baru yg faham masalah rakyat dibawah paklah kini sudah cepat,jpn pun dah bertambah baik termasuk imigresin bhgn passport.


************************************************************************

Saturday, September 3, 2011

Hukum Memukul Muka


Sumber : Hukum memukul muka

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
6 Safar 1432H
Ust. Salman Maskuri

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .
Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)"Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).
" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Friday, September 2, 2011

Jantung


1. Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita


Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.

Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.






2. Jantung bukan hanya satu pam



Resigzed ImageKlik Di Sini Untuk Zoom
 
Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.






3. Volume Pengepam satu hari 



Ini contoh tangki 15,000 liter . Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.






4. Panjang saluran darah 



Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!







4. Denyutannya jantung 



Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit.


Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?
 








5. Tekanan pam jantung






Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.


Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin
 



Sumber : http://isuhangat.net/

Thursday, September 1, 2011

Rasulullah s.a.w Bergurau Dengan Kanak-kanak

Sumber : http://akhi-ahmad-kamil.blogspot.com/2010/01/rasulullah-saw-bergurau-dengan-kanak.html


Daripada Hadrat Anas bin Malik r.a beliau berkata, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu bergurau dengan kami sehingga Baginda pernah bersabda kepada adik kecilku,

يا أبا عُمَير , ما فعل النغير
Ya Aba Umair , Apa yang dibuat oleh Nughair (Muttafaqun Alaih)

Nughair adalah burung kecil yang menyerupai burung merpati. Adik kepada Hadrat Anas sering bermain dengan burung tersebut. Namun kemudiannya burung itu mati.

www.kute-group.blogspot.com
Berkata Imam Abu Isa rahimahullah,

”Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pernah bergurau. (Dalam kitab ditulis dengan كان يمازح menggunakan uslub kana + mudhori’ = fe’el madhi istimrari. Maknanya sering juga bergurau, wallahu a’lam-akhi).Baginda s.a.w dalam hadis ini telah memberi kunniyah (gelaran seperti Abu dan Ummu ) kepada seorang anak kecil dengan memanggilnya ‘Aba Umair’. Hadis ini juga menjadi dalil bahawa tidak salah memberi seekor burung kepada anak kecil untuk bermain.

Adapun Baginda s.a.w bersabda demikian adalah kerana adik Hadrat Anas r.a ini mempunyai seekor burung yang dia selalu bermain dengannya, namun burung itu kemudiannya mati. Anak kecil itu berasa sedih. Lalu Baginda s.a.w pun bergurau dengannya untuk membuat dia gembira. ”
 [1]

www.kute-group.blogspot.com

Apakah yang menyebabkan kanak-kanak ini gembira?
Adik kepada Hadrat Anas r.a ini adalah seorang kanak-kanak yang cerdas. Kalau kita sendiri semasa kecil dahulu, mungkin kita akan bertmbah sedih sekiranya seseorang menyebut-nyebut lagi mengenai kehilangan barang mainan yang amat kita sayangi sebagaimana layaknya perihal seorang kanak-kanak biasa. Namun tidak pada yang ini.


Berkata Imam al-Manawi rahimahullah,

”Malah dia menjadi amat senang hati kerana Rasulullah s.a.w sendiri berbicara dengannya. Hatinya menjadi riang. Dia bangga kerana Baginda melayannya. Habis satu keluarga diceritakan mengenai hal ini. Rasulullah bercakap dengan saya! Baginda bertanya pada saya! Dia menyibukkan dirinya dengan hal ini sehingga dengannya hilanglah rasa sedihnya. Si kecil ini mempunyai kebijaksanaan dan cerdik, oleh kerana itulah Baginda s.a.w berbicara dengannya begitu.” [2]

www.kute-group.blogspot.com

Faedah hadis

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah,

Hadis ini memberi banyak sekali faedah. Antaranya:

1) Harus memberi kuniyah kepada seseorang yang belum ada anak walaupun kanak-kanak. Ini tidaklah pula dianggap sebagai berbohong.

2) Harus bergurau pada perkara yang tidak mendatangkan dosa

3) Harus mentasghirkan sebahagian nama misalnya Hirrah jadi Hurairah, Amr jadi Umair, Fadhl jadi Fudhail, Naghr jadi Nughair.

4) Harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil dan menjadikannya (brung itu) miliknya

5) Harus menyusun bicara yang baik dan indah untuk melembutkan hati kanak-kanak

6) Hadis ini juga menggambarkan betapa Baginda s.a.w memiliki akhlak yang sangat mulia, sempurna dan amat tawadhok
. [3]

Berkata Mulla (Bahasa Urdu, sama dengan Allamah dalam Bahasa Arab) Ali al-Qari rahimahullah berkata,

Hadis ini menunjukkan harus bergurau dengan anak-anak kecil untuk mengubat dukacitanya.
www.kute-group.blogspot.com
Kesimpulan
Sekiranya gurau senda yang dilakukan adalah bertujuan untuk menghilangkan kesedihan, mengubat hati yang berduka, dan yang seumpamanya maka ia adalah mustahab dan dibenarkan selagi mana tiada padanya unsur-unsur yang menyalahi syariat seperti menipu, menyebabkan permusuhan dan sebaginya.




[1] Dinukil oleh Imam Tirmizi dalam kitab as-Syamail
[2] Di dalam kitab syarahnya kepada as-Syamail
[3] Di dalam Syarah Muslim
[4] Di dalam Jam’u al-Wasail



Rujukan

1 Syarah Sohih Muslim oleh al-Imam an-Nawawi rahimahullah

2. al-Mizah Adab wa Ahkam oleh Syeikh as-Sayyid bin Hamudah hafizahullah