Sunday, September 23, 2012

Atasi Takut Bawa Kereta

Dari email grup SIM

Soalan :

Saya mempunyai masaalah ketakutan utk membawa kereta.Saya pernah ada lesen kereta, tetapi di sebabkan tak bawa kereta selama 5 tahun, lesen sy telah mati. 

Saya masih ingin membawa kereta,..tetapi jadi takut, berdebar2 dan gelisah bila nak mula bawa.

Sebenarnya, selepas beberapa hari mendapat lesen, sy mengalami kemalangan bila mengelak, sekumpulan kanak2 berbasikal yang tiba2 datang dari belakang ketika saya sedang undurkan kereta. Pada masa tu cuaca agak gelap..belakang kereta sy terkena salah seorang kanak2 tersebut tetapi alhamdullilah, cuma jatuh sahaja.Kereta saya pula senget & terjatuh ke dalam parit kecil.

Mula dari tu, sy rasa macam takut nak bawa, takut terlanggar orang.
Jika saya tak bawa kereta pun, dalam kereta sy jadi takut bila lalu tepi lori kontena atau lori yang besar2.

Macam mana, ya...dalam hati masih ada cita2 nak bawa kereta, rasa cemburu juga dengan kawan2 yang boleh bawa kereta..
harap kawan2 dapat bantu saya berikan cara saya atasi masaalah ini

trm ksh


Jawapan 1 :
Salam!
Saranan saya ialah Puan perlu membina keyakinan dengan cara memahirkan diri. Antaranya;
1. Biasakan diri memandu ke tempat yang dekat dan kurang sibuk.
2. Pilih waktu dimana laluan kurang sibuk.
3. Minimakan penggunaan gear reverse.
4. Bila parking, utamakan parking menyisi (side parking) berbading parking melintang (L parking).
5. Bila parking secara melintang, usahakan reverse parking. Sebab keadaan semasa nak masuk parking kurang kelam kabut berbanding nak keluar parking.
6. Jika memiliki lebih dari satu kereta, biasakan diri dengan satu sahaja kenderaan.
7. Gunakan kenderaan yang bersaiz kecil bagi memudahkan kawalan.

Semoga Puan berjaya mengatasi masalah ini.
Wassalam


Jawapan 2 :
Salam Eena,

Perasaan awak memang sebijik macam sy....sy pun sgt2 penakut nk bawak kereta especially bila lori besar lalu....sekarang pun takut2 lg sbenanya....tp sebabkan nk kerja dan suami paksa...jadi sy pun bawak laaa kereta....atas nasihat suami dan kawan2 yg suruh sy kuatkan diri dan juga drive di laluan kiri...serta bykkan memandu, akhirnya kini sy berjaya drive dr umah ke tmpt kerja yg jalannya agak sibuk dan jauh....

Memang berdebar2 sewaktu bawak kereta....tp byk2an baca doa dan ingat pada Allah, minta diselamatkan kita...parking pulak sy rela parking jauh asalkan tak perlu reverse parking atau side parking...memang sy prefer parking direct. Kekuatan kita kena paksakan diri....insyaAllah....awak boleh....


Jawapan 3 : 
SALAM EENA

INSYA ALLAH AWK BLH!!!
AKAK PUN DULU TAKUT2 MCM AWK JGK..
BWK KETE DULU DLM KEADAAN GABRA SMPI TERSONDOL KETE ORG..SONDOL DIVIDER TEPI JLN LA TP SUME TU MENGAJAR AKAK AGAR LEBIH BERHATI2...INSYA ALLAH AWK BLH BUAT...SLOW N STEADY


Jawapan 4 : 
Takda jalan lain melainkan biasakan diri drive…itu jer….

Jawapan 5 :
Alhamdullilah...

Dari dari email kawan2 buat Saya rasa bersemangat untuk kembali membawa kereta.
Mungkin juga saya perlukan galakkan dari keluarga..
Ini disebabkan tak dapat pun kata2 positif dari mereka..

Diaorang kata kat saya takut nak naik kereta dgn saya nanti masuk parit...

sedih jugak..

Tak pe lah...ini mungkin cabaran buat saya...
Saya akan buktikan.. insyaallah..


Jawapan 6 :
nak hilang rasa takut bawa kete takde cara lain...kena bawa kete setiap hari...bila dah jadi mahir, rasa takut tu akan hilang sendiri..takut tu sbb tak selalu bawa kete..bawa la kete setiap hari..mula perlahan2..pusing2 kawasan taman perumahan dulu..

sama macam budak baru masuk skolah darjah satu..mula2 nangis tak nak gi sekolah,,,lelama dia jadi sronok nak gi skola....

maknanya cara terbaik nak hilang takut bawa kereta ialah dengan bawa kete setiap hari....jgn terlalu panik, takut...relaks je...sambil2 dgr radio, fokuskan pada pemanduan...

saya juga dulu mcm ni...dapat lesen, perap 3 tahun...1st time bawa kereta semula, sorang2 dalam KL, baju abis basah, tapi saya masih ok, tak panik...kena yakin la kita bole bawa...


Jawapan 7 : 

Salam Eena,

Ketepi kan perasaan takut tu, kalau tidak sampai bila2 pun Eena tak berani pandu kereta. Kalau orang lain biasa je drive kenapa kita tak boleh…kuat kan semangat. Mmg kadang2 on the road ada jugak kaum yg suka menakutkan kaum wanita, terutama driver lori..kalau follow belakang tu kdg2 mcm tak sabor2..mmg nak rapat dgn keta kita..tp saya tak peduli..asalkan kita di lorong yg betul, drive speeding lane…tp mcm makan angin je bwk..pasti kena marah..yg penting…sentiasa berhati2..insyaAllah selamat..


Jawapan 8 :
salam,
mula2 cuba baca al fatihah dan doa "robbish rohli sodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisani yaf qohu qaulii" untuk tenang kan hati yg gementar,berdebar2.kemudian cuba beranikan diri,kuatkan semangat dan cuba bawa keliling rumah dulu sebagai latihan.
 
masuk refresh class dulu kalau dah lupa cara yg betul untuk pandu.dorongan dari ahli keluarga terdekat juga sangat penting untuk memahirkan kembali skill.
 
dah cuba semua usaha,lastly jgn lupa serahkan segala-galanya kepada Allah swt.Kemalangan dan segala yg tidak diingini berlaku minta Allah hindarkan segala kesulitan.
 
selamat mencuba!

Jawapan 8 :
Salam buat semua,
Saya juga mempunyai masalah yg sama.. berasa amat cemas bila di atas jalan raya hinggakan belajar memandu terbengkalai begitu saja.. masa belajar memandu di dalam trek saya ok lagi tp bila disuruh memandu di jalan raya saya jadi cemas, gementar tak tentu pasal lalu saya terus berhenti belajar. Tak tau bagaimana nak atasi masalah ini.. kwn2 juga ramai yg nasihatkan saya supaya sy tidak perlu takut.. mula2 mmg mcm tu.. tp lm2 nanti ok.. tp sy tetap tak berani.. mmg teringin sgt nak bawa kereta sendiri  tp disebabkan masalah ini saya gagal.. (dah la sy bekerja sbg Officer tp pergi & balik kerja terpaksa dihantar & dijemput..kdg2 tu malu ngan kengkawan).. tolong la kwn2 yg budiman bagi nasihat, terima kasih.
Wassallam.

Jawapan 9 :
saya dapat lesen kereta tahun 1998, itupun 3 kali test baru berjaya.hehe malunya... ambil lesen tu pun setelah puas kena leter dek suami. walaupun dpt lesen x pernah bawa kereta sebab takut. tapi tahun 2007 (hampir 10 tahun lepas dapat lesen) suami saya sakit dan x bleh bawa kereta. jadi saya tpaksalah bawa kereta walaupun takut. mula2 bawa kereta memang hati asyik bdebar2, 40 km/j aje sampai org belakang asyik hon. masa tu tinggal di shah alam, tau2 ajelah jalan sibuk. kawan2 byk membantu saya. masih saya ingat mula2 bawa kereta ke pejabat, bila masa nak balik kerja saya akan minta tolong sesiapa yg lalu di situ utk keluarkan kereta dari parking. x kira sesiapa, tmasuk bos sendiri. malunya...masa tu balik keje selalu lewat, sepatutnya balik 5 pm tapi 6 pm baru balik agar kereta x byk atas jalan raya. mula2 belajar keluarkan kereta sendiri, acap kali bgesel dgn kereta org sebelah. harap2 empunya kereta tu x myumpah saya! masa tu pakai kereta waja. kekawan selalu gelakkan saya sebab saya ni pendek tapi kereta besar. kalau kereta bgerak, nampak kereta je bjalan tapi driver x nampak...hehehe...

akhirnya sekarang saya agak mahirlah bawa kereta walau suami selalu komen. Yelah saya x seterror dia.sekarang dah berani potong kereta org. sebenarnya kita kena tanamkan dlm hati kita sedikit perasaan berani dan yakin, insya Allah akan bjaya. kalau fikir2kan balik sampai sekarang saya masih x percaya saya mampu baya kereta sebab saya memang penakut....

Jawapan 10 :
salam, 

ana lepas dapat lesen ana gantung ( tak bawa kereta selama 2 tahun sebb takut). Tak tahu lah sebab apa ,nak kata exm n test driving past just for one time. mungkin sebab satu peristiwa ana  cuba bawa dan terlanggar kereta org, sikit je kena tapi kena pau smpai 200. Lepas tu ana gantung lesen 2 thun.

Puas shbt ana nasihat , ibubapa nasihat tapi fobia. Benar doa dan usaha ana berjaya dan juga nasihat seorang kakak ni..SEBENARNYA RABIATUL ORANG YANG DI ATAS JALAN RAYA TU SEMUA TAK BERANI, TAK PANDAI MEMANDU, SEMUA ORANG HATI2. (KERETA TU IBARAT KERETA SORONG, KITA KAWAL-KATA2 CIKGU ANA)

hope membantu, lagu satu bila kita baawa kereta kita akn memberi manfaat pada org lain. Moga membantu...bukankah erti hidup pada memberi :)

Jawapan 11 :
practice makes perfect, itu saja caranya.. tapi harus diingatkan, jika anda telah mencuba berkali2, tetapi x berjaya, masih gementar, takut & sebagainya.. harap jangan la memandu atas jalanraya/ hiway yg sibuk. kerana bukan saje anda dlm bahaya, tapi membahayakan nyawa org lain juga..
bukan nak melemahkan / mematahkan semangat, tapi inilah kenyataan apabila pemandu yg x mahir memandu atas jalan yg sibuk.. kerana anda akan dekelilingi  beratus/beribu pemandu yg cekap yg x tahu anda x cekap memandu...
 
ingatlah, memandu atas jalanraya bukanlah sama sperti anda memandu kereta dlm game playstation Need For Speed, kalu excident boleh restart balik.. jalanraya bukan padang permainan

Jawapan 12 : 


Friday, September 21, 2012

Khasiat Belut

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan

Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah.Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Ubat Menghilangkan Sedu

Soalan dari email Respeks

Assalamualaikum. .. Ada x sesapa tau cam ner nk hilangkan sedu...?.. Suami sy dah 3 hari sedu tp x baik2.. Bler g clinik bly doc tu kata En Husben 'buat2'.. Padahal En Husben sedu sampai senak2 perut & muntah2 lagi. Sedu tu hilang bler dy tdo jer.. Bangun tdo sedu tu dtg balik... Mohon bantuan kwn2 kalau ada petua @ apa2 cara untk hilangkan nyer..

Jawapan 1 : 

Salam,
Blh cuba ubat2 ni, T. Domperidone @ T. Metoclopramide ( maxolon). Makan waktu perut kosong. 
Harap dapat membantu.

Jawapan 2 : 
Tarik nafas dengan tenang (jangan dipaksakan), dan tahan nafas seberapa lama yang boleh, ulamg dua tiga kali insyaAllah sedu akan berhenti.

SSPN vs Insuran Pendidikan

Email SIM:

Soalan : 

saya berniat untuk menabung untuk simpanan pendidikan anak2. 
Tetapi saya tidak tahu yang mana lebih baik di antara simpanan SSPN , Insurans yang termasuk pendidikan anak2..

Mana yang lebih berbaloi diantara kaedah diatas,
ataupun jika ada sesiapa warga sim yang mengetahui cara yang lebih baik,boleh tak berkongsi dengan saya...

Terima Kasih


Jawapan 1 : 
Salam. Buat dua dua - SSPN maximum RM3,000 untuk claim tax relief. Insurance pendidikan tak ada tacx relief (kalau salah tolong betul kan), tapi boleh digunakan untuk pelajaran anak anak di masa akan datang.  

Jawapan 2 : 
insuran pun ada tax relief, kalau ikut financial planning yang betul, insuran no 1, saving no 2,  investment no 3..kalau nak ambil insuran better ambil yang cover diri sendiri dgn max coverage compared to ambil insuran pendidikan krn kalau kita tak panjang usia, coverage terus dibayar pada penama, duit tu masuk ASB or SPPN generate more utk anak belajar bila dah sampai masa, kalau ambil insuran pendidikan, usia tak panjang, duit terperap kat insuran co sampai anak cecah umur 18 tahun...

Jawapan 3 :
Bagi saya kedua2nya ada baik buruk. Kedua2nya juga ada tax relief dibawah ketegori "education & medical". RM3000 kalau tak salah saya. Bagi saya yang penting mesti sesuai dengan bajet dan keperluan puan.

Kelebihan insuran pendidikan:
- create & save: insuran pendidikan ini membolehkan puan untuk cipta dulu dan simpan kemudian tidak seperti cara menyimpan biasa kerana dalam insuran pendidikan ini ada satu pilihan yang membolehkan puan menambah 'rider' yang melindungi ibubapa untuk terus menyimpan jika didapati menghidapi salah satu dari 36 jenis penyakit atau keilatan kekal atau kematian. Oleh itu dapat simpulkan jika salah seorang dari ibubapa menghadapi 3 perkara ini, simpanan akan datang akan menjadi percuma kerana syarikat akan mengambilalih peranan ibubapa sehingga tempoh matang.

-perlindungan: bila kita cakap tentang insuran/takaful tidak dapat lari dengan perlindungan, sama juga dengan insuran pendidikan. lagi satu kelebihan adalah kita dapat menambah beberapa perlindungan lain seperti kad hospital. Dengan itu kita akan dapat elakan dari mengguna simpanan kita jika ada musibah yang berlaku yang menyebabkan anak kesayangan kita dimasukkan kehospital.

Keburukan insuran pendidikan:
-pulangan yang agak rendah: bukan saya bermaksud tabung dari insuran pendidikan ini memberi pulangan yang rendah kepada penyimpan tapi dapat kita lihat jika kita menambah beberapa rider jumlah unit atau simpanan kita berkurang kerana rider-rider ini juga perlu dibayar dan ia dibayar dari jumlah tabung kita itu. Oleh itu hasil yang dapat kita lihat adalah pulangan yang agak rendah jika dibandingkan dengan cara lain.

Kelebihan SSPN:
-Pulangan yang tinggi: saya tidak tahu dengan rekod pulangan SSPN tapi dengan pikiran yang logik kita dapat mengagak yang pulangan dari SSPN adalah lebih tinggi dari insuran pendidikan jika kita bandingkan RM1 dengan RM1. Kerana RM1 disimpan di SSPN kita masih dapat RM1, namun di insuran pendidikan RM1 kita simpan, kita tidak dapat RM1 kerana ada cas-cas yang perlu dibayar dan juga rider-rider jika kita masukkan rider kedalam insuran pendidikan.

Keburukan SSPN:
-save 1st, create later: ini bermakna kita perlu menyimpan saban tahun untuk mendapatkan jumlah yang kita mahu tapi ibubapa mesti pastikan yang mereka dapat terus menyimpan tanpa jatuh sakit. Ini kerana jika ibubapa jatuh sakit atau meninggal dunia, tabung simpanan akan berhenti.

Mengenai tax relief, untuk insuran pendidikan kita boleh claim bawah kategori education & medical setelah beberapa tahun menyimpan, dan jika belum sampai tempoh itu kita boleh claim bawah categori insuran & KWSP RM6000.

Rasanya sampai disini sahaja, harap penerangan saya dapat membantu.

Thanks 

Wednesday, June 13, 2012

Maksud Cuti Separuh Hari

Saya ingin bertanya kepada anda terutama yang berada dalam bidang Sumber Manusia atau Pentadbiran. Apakah maksud Cuti Separuh hari, maksud saya waktu bekerja ialah 8.30am sampai 5.30am, adakah separuh hari dikira 8.30am hingga 1pm.



  • Cam kat unit saya nih…half day tu at least 4 jam kerja….meaning to say kalau hari tu saya datang kerja pastu saya dah plan nak cabut blah balik (amik half day)..at least kene keja 4 jam….
  • Biasanya kita bekerja 8 jam sehari (tidak termasuk masa rehat 1 jam). Kalau separuh hari; 8jam/2 = 4 jam. Kalau masuk kerja pukul 8 pagi boleh keluar opis pukul 12 tgh hari untuk cuti separuh hari.
  • salam, swasta ker goverment.. klu dalam gov.. x de istilah cuti separuh hari. yang ade cuti kecemasan cuti rehat dll.
  • Kalau di organisasi saya bekerja ni, jika ada urusan peribadi yang memerlukan kita keluar dari pejabat lebih dari 2 jam,maka perlu ambil cuti separuh hari.
  • Diajbatan saya, Cuti separuh hari ertinya cuti dari waktu masuk pejabat hingga waktu makan tengah hari.
    Cuti boleh diambil sebelah pagi atau petang. Jika sudah ambil satu cuti pagi dan satu cuti petang maka cuti anda akan dikira satu hari.
  • normally, private sector...
    1 working days = 8hours
    half day work    = 4hours
    working hours: 08:30am - 17:30pm
    excluded rest 1hour
    klu start keje 10am, u need report to work till 2pm... it's depend on the respective organisation...
    at least 4 hours
  • Salam
Tempat keje saya pun mcm tu kalau separuh hari keje 8 sampai kul 12.00
kalau sebelah petang 1.00pm hingga kul 5.00pm
waktu rehat tak kira


  • DEFINASI TEMPAT SAYA BEKERJA
    WAKTU KERJA 8.30PAGI BALI 5.30PAGI
    KERJA SEMINGGU ISNIN HINGGA JUMAAT
    SABTU  DAN AHAD CUTI.
    WAKTU REHAT 1-2PM

    1. SETENGAH HARI CUTI (HALF DAY LEAVE)
       0830- 12.30
       ATAU 12.30 - 5.30
    *ada juga yang amik HALF DAY  08.30 -2pm (sebab jam 1- 2petang dah waktu rehat
    jadi untuk masuk jam 12.30tgh tak berbaloi  di sebab kan perbezaan 30
    minute tu.Ini terpulang lah pada BOSES tempat kerja...kalau yang tak
    songeh...ok je.


    2.Masuk kerja 10.pagi
     *di tafsir kan kena ambik TIME OFF (08.30-10am) 1jam 30 minute.
     selalau nya dlam anggaran tidak melebihi 2 jam.aKalau lebih 2 jam
    kena amik half
      day leave .


    tq/amin
  • salam..

    kalu di gomen, takde istilah cuti separuh hari... slalu org kate nk amik half day tu, dengan kebenaran ketua pejabat (bos).. tp kene isi borang kebenaran keluar pejabat.. kalu urusan yg perlu dibuat tu melebihi 4 jam atau separuh hari bekerja, means kalu sehari kerja 9 jam, kalu urusan tu memerlukan masa 5 jam, maka pegawai tersebut perlu ambil cuti rehat.. 
    kalu di swasta tak pasti la pulak?
Salam sahabat,

Utk sektor swasta mmg mengikut undang2 pekerjaan (Employment Act 1955). Jumlah jam bekerja ada dinyatakan dan kebanyakan waktu kerja samada 9pg - 5 ptg. Ada juga dr 8.30pg - 5.30ptg. Waktu rehat biasanya 1 jam.

Kalau "half day" tu pagi dikira sehingga bermula waktu rehat. Kalau dia masuk ptg, "half day" bermula dr waktu selepas habis waktu lunch.

Ketepatan mengikut waktu bekerja adalah suatu perkara yg perlu dititik beratkan oleh pihak majikan. Jika tidak, masalahnya adalah spt yg saudari tu yg akan menghasilkan pekerja yg tidak berdisiplin dgn dtg kerja ikut suka masing2 mcm company sendiri. Lama kelamaan akan lingkup la company tu.

Kesalahan paling besar adalah datang lewat dan juga balik awal. Tiada alasan munasabah akan dikira melanggar peraturan. Tindakan disiplin perlu diambil oleh pihak HR. Semua kesalahan dan tindakan disiplin hendaklah direkodkan sbg rujukan.

Datang lewat yg kerap boleh diambil tindakan disiplin sehingga ditamatkan jawatan. Ada sesetengah company akan potong gaji mengikut jumlah kelewatan seseorang staf tu disamping diberi surat amaran.

Jabatan HR hendaklah tegas dalam mengambil tindakan disiplin terhadap staf yg melakukan kesalahan. 

Masalah kedatangan lewat cuma sebahagian kecil dr masalah2 disiplin yg perlu dihadapi oleh HR.

Sekian info sekupang dr saya.

Wassalam.

Yusri




Salam buat semua,
Mengikut pengalaman saya yg telah 16 thn bekerja dalam HR dept, sepatutnya setiap syarikat ada peraturan dan datang lewat tanpa kebenaran atau kekerapan datang lewat ke tempat kerja adalah salah satu perbuatan yg dianggap sebagai salah laku..
Sepatutnya HR mesti mengambil tindakan disiplin kepada pekerja tersebut iaitu diberikan amaran lisan buat kali pertama dan sekiranya mengulangi akan diberikan amaran bertulis.
Maka yg demikian lah setiap syarikat mesti membuat peraturan 2, prosedur yg betul -apakah caranya yg sepatutnya dilakukan kepada pekerja yg datang lewat - contohnya memohon cuti dan HR mesti tegas dan memainkan peranan. Sekiranya tidak, ianya akan menimbulkan lebih banyak masalah.
Sekian, wassallam.

Kalau office akak,

waktu kerja

8.30 ke 5.30

Half day : morning 8.30 sampai 12.30
               afternoon 1.30 sampai 5.30

dan kami juga mensyaratkan time off/time slip hanya 3 kali sahaja setahun so ini applicable kalau kita ada urusan peribadi nak pergi bank, dsb tapi nak ambil time off/time slip kena inform pegawai terlebih dahulu. Sekiranya bawa anak berjumpa doktor atau untuk diri sendiri dan tiada MC hendaklah mengambil time slip dari pihak klinik. Kalau semua ni tak ada masih lagi datang lambat maka tindakan tatatertib akan di ambil oleh pihak pengurusan.

Salam,
Sebenarnya tak de istilah cuti separuh hari, yang ada cuma kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja.
Tempoh maksima yang dibenarkan tidak melebehi 4 jam sehari untuk menyelesaikan urusan peribadi atau pegawai dikehendaki mengambil cuti rehat atau cuti lain yang berkelayakan.
Sekian.



tempat saya bekerja pula ada 
1. half day annual leave (morning)
2. half day annual leave (afternoon)
3. half day emergency leave (morning)
4. half day emergency leave (afternoon)

Apply secara online, approve pun secara online.
Waktu pemisah hanya lunch hour. Sebelum lunch dikira morning, selepas lunch dikira afternoon, tak kiralah berapa jam yang tinggal. Sebab tu rugi kalau ambik half day leave petang jumaat. 3 jam je.. kalau pagi 4 jam
Kalau hari biasa, 4.5 jam pagi, 3.5 jam petang. kami tak cerewet...

  • kerja sampai lunch time jer la.. kalo amik cuti separuh hari belah ptg.. 
    jika dia amik separuh hari belah pagi, maka dia masuk kerja lepas lunch time.. ;)
  • klu ikut gomen, tak boleh lebih 4 jam..klu lebih 4 jam sila amik cuti rehat..basically ptg ok la 2-5pm kan..klu pagi, start keje kul 8, kul 12 tghari sudah kena punch card masuk keje..
  • Kalo kat opis sy,half day tak kisah half day pagi ke half day petang ke..janji sparuh hari bekerja...kalo half day pg-cuti pagi,kul 2 mssuk opis...half day ptg-kul 12 dah leh balik...:- penerangan dari org yg suke cuti..hihihi..
  • Biasanya keje smpai lunch break je i.e kul 1pm. Ptg 2-5 off. Wallahua'lam

Sunday, June 10, 2012

Penawar Kanser Serviks ~ Lempoyang





Halia hutan boleh rawat kanser

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan.
Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.

Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia.
“Penggunaan Z2 ini juga mengurangkan pelbagai komplikasi yang timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

“Kami menjalankan kajian ke atas manusia serta model haiwan berpenyakit kanser serviks di makmal bagi kajian aktiviti anti- kanser terutama terhadap pangkal rahim,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM, di Institut Biosains, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.
Dr Ahmad Bustamam berkata, menerusi penemuan teknologi bahan semulajadi itu, kos rawatan pesakit kanser ini berkurangan berbanding penggunaan ubatan berasaskan bahan bukan semula jadi termasuk yang diimport yang menelan belanja tinggi.

“Bahan ini menjalani ujian praklinikal haiwan di makmal yang membuktikan ia mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat serta berupaya membunuh sel kanser sama seperti ubatan anti- kanser komersial lain. “Bahan semula jadi ini amat stabil sehingga enam bulan dalam larutan air pada suhu bilik dan mampu dikomersialkan sebagai Douches and Suppositori,” katanya yang memulakan kajian pada 2002 bersama lima penyelidik lain di universiti berkenaan.







Meneroka manfaat dan khasiat halia

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


HALIA sememangnya mempunyai nilai perubatan tersendiri. 


Tanaman halia bukan saja digunakan dalam masakan tetapi tumbuhan herba ini juga terkenal sebagai makanan kesihatan malah penyeri landskap.


Penanaman halia mempunyai sejarah yang panjang dan dikatakan bermula di China sebelum tersebar ke Asia Tenggara, Afrika Barat dan kepulauan Caribbean.


Halia mengandungi sehingga tiga peratus minyak pati yang memberikannya aroma. Rizom (akar) halia muda biasanya berjus dan mempunyai rasa pedas yang lembut.


Halia jeruk boleh dimakan sebagai snek dan air halia yang ditambah dalam teh bersama-sama madu akan menambahkan keenakannya.


Dari segi saintifiknya, semua jenis halia berada dalam Order Zingiberales dan Famili Zingiberaceae.


Pensyarah Kanan, Institut Sains Biologi Universiti Malaya (UM), Prof. Halijah Ibrahim berkata, famili ini dapat dibezakan kerana seluruh atau bahagian tertentu tumbuhan herba ini adalah aromatik.


Menurutnya, halia tergolong dalam tumbuhan herba yang mempunyai rizom misalnya kunyit, halia dan lengkuas yang biasa digunakan dalam makanan.


"Keluarga Zingiberaceae mempunyai saiz yang pelbagai dan boleh dibezakan dengan taburan padat di kawasan Asia Tenggara," katanya yang telah lebih 20 tahun menjalankan kajian mengenai halia.


Pada masa ini, terdapat 350 spesies halia yang dikenal pasti di seluruh negara, manakala Thailand mempunyai lebih 300 spesies.


Biasanya halis jenis Zingiberaceae terdapat di kawasan tropika dan subtropika dan juga terdapat lebih 52 genera dengan 1,300 hingga 1,500 spesies.


"Di Malaysia saja terdapat 21 hingga 22 genera dengan lebih 350 spesies," hurai Halijah.


Beliau berkata, disebabkan halia banyak digunakan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia, halia mempunyai kepentingan dalam ekonomi.


Terdapat halia yang boleh dimakan dan biasanya ditambah dalam masakan seperti rempah atau sebagai ulaman.


"Kunyit atau Cucurma domestica, Zingir officianale (halia), Elettaria cardamimum (buah pelaga), Alpinia galanga (lengkuas), E elation (kantan), kaempteria galanga (cekur) biasa digunakan dalam masakan," katanya.


Selain dalam masakan dan minuman, keluarga halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba.


Sehingga kini terdapat 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.


"Tentu saja masyarakat kenal dengan Zingiber zerumbet (lempoyang), Z. ottensini (lempoyang hitam), Z. officinale var rubrum (halia bara), Ccurcuma aeruginosa (kunyit hitam/temu hitam), C. zanthorrhiza (temu lawak), C. mangga (temu pauh/mangga), C. zedoria (temu putih/kunyit putih).


"Semua bahan ini banyak digunakan sebagai campuran dalam perubatan tradisional," katanya.


Halia yang mempunyai bentuk bunga yang cantik dan beraroma juga boleh dijadikan tanaman hiasan dan landskap.


Beberapa tanaman halia seperti Alpinia purpurata (halia merah), Z. spectabile (cut flower), Alpinia zurember (shell ginger), A. mutica, A. malaccensis, A. latiladis (landskap), Kaemferia spp. sesuai dijadikan tanaman hiasan kerana mudah dikendalikan.


Tanaman halia yang mempunyai aroma merupakan sumber minyak pati bagi minyak wangi, perisa dan aroma terapi.


Katanya, kajian perlu dijalankan dengan mendalam memandangkan halia boleh dijadikan sumber kanji manakala dalam dunia perubatan, keluarga halia didapati mempunyai aktiviti biologi yang baik sebagai anti kanser, anti mikrobial, anti oksidan dan anti radangan.


"Di negara jiran Indonesia, keluarga halia seperti temu, kunyit dan halia banyak digunakan dalam jamu, kosmetik dan teh.


"Di sini semakin banyak produk dihasilkan daripada halia seperti teh, kosmetik, aroma terapi, krim wajah, krim pemutih dan krim anti penuaan," katanya.


Beliau yang menyertai Ekspedisi Lanjak Entimau di Sarawak, baru-baru ini untuk meneroka khazanah alam semula jadi berharap akan dapat menemui lebih banyak spesies bagi menambah lagi bilangan, mengemaskini data kepelbagaian halia.


"Pelbagai aspek kajian mengenai spesies yang baru ditemui dan terdapat kajian yang akan menjadi asas kepada etnobotanikal terutama dalam kepentingan perubatan.


"Ini akan menjurus kepada menemui dan memulihara spesies endemik yang masih tidak diketahui kegunaannya," katanya.


Katanya lagi, pihaknya akan mengkaji spesies halia yang berpotensi bagi tumbuhan ornamental untuk dibiakbaka secara tisu kultur untuk dikomersialkan.

Tuesday, May 29, 2012

Petua Hilangkan Fungus Kucing

Boleh tak kawan2 tolong dengan masalah saya ini,saya ada seekor kucing yang ada fungus...saya dah bagi mkn ubt dan sapu ubat tapi masih ada lagi fungus..sesiapa yang dapat membantu dalam menyelesaikan saya ini..terima kasih...


Satu

BOLEH CUBA CAMPURAN MINYAK HITAM TERPAKAI DGN UBAT GEGAT TUMBUK.
SAPU 3 HARI


Dua
Cuba bagi minum air 'MIAUTAN' dari product Hai-O dan sapukan badan/telinga dia dengan minyak zaitun


TigaPd satu masa dulu, saya byk pakai produk Oxyfresh, yg byk membantu basmi bakteria & fungus. Kawan saya yg bela byk kucing kata pet produk dia bagus. Saya tak tau kat mana nak dpt produk ni dah, tapi sdr/i cuba tel no. ni (ofis Oxyfresh) & tanya kat mana yg terdekat sdr/i boleh dptkannya.


Empat
Try BEE PROPOLIS - apply on the fungus. It's available at Caring Pharmacy...... The Propolis, I mean ;-D


Lima

kulat yang hidup dikaki dan telinga kuching boleh dirawat dengan satu suntikan sahaja.  boleh bawa kuching ke klinik haiwan utk berbuat demikian

Enam
Abah saya dulu pakai minyak masak yang dah dipakai untuk goreng ikan kat kucing2 masa saya kecik dului, sapu kat bahagian fungus..lepas tu hilang fungus tu. (tapi kucing tu bisingla sebabla kesan letak minyak ikan goreng tu)


Tujuh
Kalau tak sembuh juga,kena belanja duit sikit pergi injection untuk hilangkan fungus kucing tu,,kalau nak murah pergi je ke hospital vateriner  w/persekutuan,,x silap sy harga lebih kurang Rm15,kucing sy pun mcm tu juga dulu..last2 kena injection baru ok..selamat mencuba..


Lapan
Saya ada petua orang dulu-dulu untuk masalah ini.  Mudah, jimat masa juga wang ringgit.
Cuma sapukan dengan minyak bekas goreng ikan di kawasan yang terkena jangkitan.  Kaedah ini dijamin selamat dan bebas dari racun.  Kalau ada kucing lain yang berdekatan ... mesti ada yang tolong jilatkan dan ini akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan.


Sembilan
selain ubat yg dibekalkan vet... jangan mandikan @ jgn kene basah langsung tempat yg berfungus... seeloknya kurung sementara nak baik....


Sepuluh
Cuba guna minyak lebihan mengoreng, Sapukan dekat bahagian yang dijangkiti. Mak saya guna petua ni menjadi.. Cuba la insyaAllah boleh baik...

Sebelas
Guna mingak kelapa dara boleh hilangkan fungus kat telinga dah badan kucing. Sekarang memang macam musim kucing kena fungus.
Kat kampung, saya ada banyak kucing dan semuanya kena fungus. Lepas mak saya sapu kat bahagian yg ada fungus tu, kulit kucing2
tu sembuh & kembali ceria. Try la..



Dulu mak saya ada bela kucing dan menghadapi masalah sama…
Dah macam2 ubat di beri tapi tak berkesan…
Last2 mak saya cuba mandikan kucing dgn sabun buku dettol…pakai air suam la…
Alhamdullilah hilang tapi kena wat berkali-kali la klu fungusnya banyak….
Dlm seminggu 2 kali…

Dua belas
Betul2 mak saya pun penah guna minyak masak terpakai….
Hilang gak…

Tiga belas
jiran saya dulu dok tenyeh kucing tu dengan minyak tanah..tak sampai seminggu abis lari semua fungus... tapi pastikan kucing tu masuk dalam sangkar lepas kena tenyeh dengan minyak tanah... kot nanti terkena api terbakor idop idop kucing tu... naya jer... :)

Monday, April 16, 2012

Gambaran Hari Qiamat


 
 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
 

 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 
 

 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
 

 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
 

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 
 

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 
 

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 
 

 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
 

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 
 

 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
 

 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
 

- Pemimpin yang adil. 
 

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 
 

 
 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 
 

 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 
 

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 
 

 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 
 

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
 

 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 
 

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
 

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
 

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 
 

 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
 

 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 
 

 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
 

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 
 

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 
 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
 

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 
 
 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 
 

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
 

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
 

 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 
 

 
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.