Friday, September 21, 2012

SSPN vs Insuran Pendidikan

Email SIM:

Soalan : 

saya berniat untuk menabung untuk simpanan pendidikan anak2. 
Tetapi saya tidak tahu yang mana lebih baik di antara simpanan SSPN , Insurans yang termasuk pendidikan anak2..

Mana yang lebih berbaloi diantara kaedah diatas,
ataupun jika ada sesiapa warga sim yang mengetahui cara yang lebih baik,boleh tak berkongsi dengan saya...

Terima Kasih


Jawapan 1 : 
Salam. Buat dua dua - SSPN maximum RM3,000 untuk claim tax relief. Insurance pendidikan tak ada tacx relief (kalau salah tolong betul kan), tapi boleh digunakan untuk pelajaran anak anak di masa akan datang.  

Jawapan 2 : 
insuran pun ada tax relief, kalau ikut financial planning yang betul, insuran no 1, saving no 2,  investment no 3..kalau nak ambil insuran better ambil yang cover diri sendiri dgn max coverage compared to ambil insuran pendidikan krn kalau kita tak panjang usia, coverage terus dibayar pada penama, duit tu masuk ASB or SPPN generate more utk anak belajar bila dah sampai masa, kalau ambil insuran pendidikan, usia tak panjang, duit terperap kat insuran co sampai anak cecah umur 18 tahun...

Jawapan 3 :
Bagi saya kedua2nya ada baik buruk. Kedua2nya juga ada tax relief dibawah ketegori "education & medical". RM3000 kalau tak salah saya. Bagi saya yang penting mesti sesuai dengan bajet dan keperluan puan.

Kelebihan insuran pendidikan:
- create & save: insuran pendidikan ini membolehkan puan untuk cipta dulu dan simpan kemudian tidak seperti cara menyimpan biasa kerana dalam insuran pendidikan ini ada satu pilihan yang membolehkan puan menambah 'rider' yang melindungi ibubapa untuk terus menyimpan jika didapati menghidapi salah satu dari 36 jenis penyakit atau keilatan kekal atau kematian. Oleh itu dapat simpulkan jika salah seorang dari ibubapa menghadapi 3 perkara ini, simpanan akan datang akan menjadi percuma kerana syarikat akan mengambilalih peranan ibubapa sehingga tempoh matang.

-perlindungan: bila kita cakap tentang insuran/takaful tidak dapat lari dengan perlindungan, sama juga dengan insuran pendidikan. lagi satu kelebihan adalah kita dapat menambah beberapa perlindungan lain seperti kad hospital. Dengan itu kita akan dapat elakan dari mengguna simpanan kita jika ada musibah yang berlaku yang menyebabkan anak kesayangan kita dimasukkan kehospital.

Keburukan insuran pendidikan:
-pulangan yang agak rendah: bukan saya bermaksud tabung dari insuran pendidikan ini memberi pulangan yang rendah kepada penyimpan tapi dapat kita lihat jika kita menambah beberapa rider jumlah unit atau simpanan kita berkurang kerana rider-rider ini juga perlu dibayar dan ia dibayar dari jumlah tabung kita itu. Oleh itu hasil yang dapat kita lihat adalah pulangan yang agak rendah jika dibandingkan dengan cara lain.

Kelebihan SSPN:
-Pulangan yang tinggi: saya tidak tahu dengan rekod pulangan SSPN tapi dengan pikiran yang logik kita dapat mengagak yang pulangan dari SSPN adalah lebih tinggi dari insuran pendidikan jika kita bandingkan RM1 dengan RM1. Kerana RM1 disimpan di SSPN kita masih dapat RM1, namun di insuran pendidikan RM1 kita simpan, kita tidak dapat RM1 kerana ada cas-cas yang perlu dibayar dan juga rider-rider jika kita masukkan rider kedalam insuran pendidikan.

Keburukan SSPN:
-save 1st, create later: ini bermakna kita perlu menyimpan saban tahun untuk mendapatkan jumlah yang kita mahu tapi ibubapa mesti pastikan yang mereka dapat terus menyimpan tanpa jatuh sakit. Ini kerana jika ibubapa jatuh sakit atau meninggal dunia, tabung simpanan akan berhenti.

Mengenai tax relief, untuk insuran pendidikan kita boleh claim bawah kategori education & medical setelah beberapa tahun menyimpan, dan jika belum sampai tempoh itu kita boleh claim bawah categori insuran & KWSP RM6000.

Rasanya sampai disini sahaja, harap penerangan saya dapat membantu.

Thanks 

1 comment:

taufiqism said...

Komen ayat: "jika ibubapa jatuh sakit atau meninggal dunia, tabung simpanan akan berhenti."

Pendeposit kini mempunyai pilihan untuk memberikan perlindungan ke atas perbelanjaan pendidikan anak dengan SSPN-i Plus. Dengan pelan takaful tambahan ke atas pendeposit sekiranya berlaku kematian penyakit kritikal. Jika terjadi salah satu di atas, gunalah dana takaful untuk membiaya tabung pendidikan anak.

Klik untuk panduan pendaftaran SSPN-i Plus Online! https://simpanan.my/simpanan-pendidikan/sspn/panduan-daftar-sspn-i-plus/