Tuesday, August 16, 2011

Perniagaan online yang berjaya

Kompilasi jawapan yang didapati dari ahli Sahabat Interaktif Malaysia :

Soalan :

Salam,saya mencari kerja sebagai jurutaip atau apa2 kerja online yang tidak perlukan modal dan tidak payah mencari orang untuk memperkenalkan bisnes baru saya.Saya di dalam kesempitan wang, jadi kerja online dari rumah lagi menjimatkan belanja.Kiranya ada di luar sana bisnes yang jujur (bukan tipu orang),buat kerja kerana mencari redha Allah, amatlah saya hargai dan amat dialu-alukan mnghubungi segera saya seikhlasnya.Terima kasih.




Jawapan : 


Dalam bidang online biz, apa yg penting sekarang anda Cekap dlm Maketing atau kata lain saLes. Sekiranya kelayakan itu ada pada anda, pada pandangan saya tiada lagi halangan untuk anda berjaya. Kerana perihal modal tidak menjadi masalah bagi anda jika berada dipasaran online.


**************************************************************************************************
Salam, 


Salah satu kerja yang tak perlukan modal adalah menjadi PENTERJEMAH BEBAS.
Saya mula berkecimpung dalam bidang ini pada penghujung tahun 2009.
Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan banyak projek terjemahan dari luar Negara dan kini, saban hari ada saja projek yang masuk.
Tetapi untuk berjaya dalam bidang ini, anda perlu mempunyai semangat yang kuat kerana kadang-kala perlu bersengkang mata menyiapkan tugasan.
Selamat mencuba.
Wassalam
Saharuddin

**************************************************************************************************
Salam,

Langkah yang saya ambil adalah sama seperti online bisnes yang lain:

Buat blog
            Untuk mendapatkan perhatian umum dan meletakkan nama kita di SEARCH ENGINE

Masuk forum
            Biasanya pelanggan terdiri dari IM yang hendak menterjemah e-book, laman web. Cubalah masuk forum sepertiwangcyber.com,

Daftar ke perkhidmatan mencari penterjemah seperti may.proz.com & www.translatorcafe.com

Kita cuma perlu mendaftar ke laman-laman web ini dan biasanya kalau ada iklan yang memerlukan khidmat kita,
Kita hendaklah membida dan biasanya “pihak pengiklan kerja” akan reply minta resume dan pengalaman kerja terjemahan.

Kadang-kadang tak jadi masalah jika tiada pengalaman, kerana “pengiklan kerja” akan beri “ujian kelayakan” (biasanya dalam 100-200patah perkataan).

Selamat mencuba.

Wassalam.
Saharuddin

**************************************************************************************************

Salam, sekadar memberi cadangan. Memandangkan anda mempunyai skil meaip, mungkin anda boleh menawarkan perkhidmatan menaip dokumen kpd firma-firma guaman. Ini kerana kerja2 firma guaman banyak melibatkan byk dokumen yang perlu ditaip. Bagi firma yg kecil dan hanya ada satu @ dua pekerja, ini kekadang menjadi satu masalah pada mereka. Saya mempunyai seorang kawan yg mempunyai firma guaman dan beliau hanya outsource kerja-kerja yg melibatkan penyediaan doukumen dan mereka dibayar mengikut projek. Untuk dapatkan alamat firma guaman, anda boleh rujuk pada pautan http://www.jakess.gov.my/pdffile/peguam/direktori%20peguam.pdf.
 
Semoga berjaya! :)
 
Mazlan Mohamad

**************************************************************************************************


No comments: