Saturday, August 13, 2011

Kisah Adam dan Hawa Keluar Dari Syurga


Sumber : Kisah Adam dan Hawa Keluar Dari Syurga

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. (Baqarah: 35)

Kisah ini diulang-ulang dalam Al-Quran untuk mengingatkan manusia bahawa iblis itu adalah musuh mereka. Syaitan telah bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa Allah melarang mereka makan buah itu kerana tidak mahu mereka kekal di dalam syurga dan menjadi malaikat.
Al-A’raf [20] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).

[21] Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.

[22] Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?

[23] Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
Sebenarnya Allah telah memberi amaran bahawa syaitan itu adalah musuh mereka. Namun Allah memaafkan nabi Adam kerana beliau terlupa.
Taha [115] Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud. (116) Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. (117)
Nabi Adam berasal dari tanah. Oleh kerana buah khuldi  yang di makan itu tidak dapat dihadamkan, beliau terpaksa berpuasa selama 30 hari. Kita puasa samada 29 atau 30 hari. 29 mengikut syariat nabi Muhammad. Hanya sekali baginda puasa selama 30 hari. Puasa itu dikenakan ke atas perut, kerana itu apa-apa yang masuk dari mana-mana rongga yang sampai ke perut maka terbatallah puasa.

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). (Baqarah:36)

Setelah Nabi Adam a.s. dikeluarkan dari syurga, dan beliau sampai ke dunia, iaitu di pulau Serindik (Sarandib), yang dikenali dengan Sri Lanka sekarang ini. Siti Hawa pula diturunkan di Jeddah. Akhirnya mereka bertemu di Jabal Rahmah. Setelah bertemu mereka memperkenalkan diri masing-masing. Namun kedua-duanya bertanya-tanya di antara satu sama lain apakah benar itu Adam dan itu Hawa sedangkan pada masa itu tiada manusia lain. Ada hikmah mengapa mereka dikeluarkan dari Syurga. Jika tidak Firaun pun akan mengatakan dia juga lahir di syurga.



Nabi Adam tergelincir, bukan sesat atau bersalah. Beliau dilupakan oleh Syaitan dan juga terpengaruh dengan pujukan Siti Hawa. 
Namun Allah juga telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, sepertimana Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga.
Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

No comments: