Monday, August 15, 2011

Pergi China Tanpa Travel Agent

* Saya kongsikan bacaan saya di Sahabat Interaktif Malaysia


Soalan :
saya hendak minta pengalaman sahabat-sahabat yang telah melawat ke negara China tanpa mengunakan travel agent...saya nak baik/buruknya....


Jawapan : 



Saya dah ke negara China beberapa kali. Feb ni pun akan pegi ke sana atas urusan kerja.
Kali pertama saya pergi dgn group di bawa oleh travel agent. Tujuan pergi utk melihat bagaimana nak ke negara China tanpa travel agent selain dpt kos yg sangat murah rm1500seorang utk 5D4N full board termasuk hotel dan makan. Hasilnya sangat bagus.
Kali kedua, ketiga dan ke seterusnya saya ke China bersendirian tanpa travel agent. Tak lah murah sangat tp dapat pergi ke sana ke mari ikut suka hati saya sbb dah tau nak ke mana selepas buat survey pada trip pertama bersama agent. Hotel sangat banyak dan murah2 sesuai dgn budget. Saya bawa masuk byk barang ke Malaysia pun tak guna freight forwarder. Naik AA je. Tip top. Byr je cukai kastam 30%. Murah je

Nasihat saya:
Kalau tak pernah pergi dan tak berani redah, elok guna travel agent pada trip pertama atau kalau tak guna travel agent kena la ikut kawan2 yg mahir. Kali kedua, baru pegi sendiri sbb tak susah hidup di negara China. Sangat mudah. Bahasa bukan masalah utama. Meskipun mereka ni cengey ketika berurusan, kalau kita sabar, senang je nak deal. Berbanding di UAE, meskipun mereka rata2 mahir berbahasa Inggeris, mereka tak heran kalau kita tak nak beli barang dari mereka. So susah la nak dpt discount byk2 di UAE.

No comments: